mati pengubat nurani

Sekarang jerebu tengah melanda dengan teruk. Pergi kerja pun panas haba lain macam. Jarak pandangan pun semakin teruk dengan kabus debu semakin memutih. Rasa hendak ambil cuti sakit sahaja duduk rumah tanpa meredah kesemua habuk debu itu. Tetapi apakan daya, tidak kerja tidak adalah duit nanti.

Yang sebenarnya aku bukannya hendak menjadi pengkaji cuaca sebaliknya hendak bercerita(tunjuk gambar sahaja) tentang format rilisan yang aku ada. Ianya dari sebuah kumpulan yang lengkap dan prolifik(bagi aku lah). Sebut sahaja nama vokalis merangkap guitaris dan nama kumpulannya pasti penggemar muzik ekstrum metal mengenali nya. Ianya ialah sebuah kumpulan elit yang berasal daripada Florida iaitu DEATH. Pasti ramai sudah lebih arif berbanding aku ini. Jika ada yang tidak tahu tapi claim diri anda sebagai metalhead lebih baik pergi terjun lombong.

DEATH dan Chuck Schuldiner adalah pelengkap bagi sejarah death metal dunia. Nama Chuck Schuldiner sendiri adalah nama penting bagi kewujudan dan kesuksesan kumpulan DEATH itu sendiri. Dengar sahaja nama mereka sudah terbayang akan dearh metal yang kompleks, solo berbelit-belit, segala instrumen bertempo-tempo dan jerit Chuck yang tersendiri itu. Ini bukan death metal hanya kisahkan headbanging sebaliknya lebih mempersembahkan kehebatan  Chuck dan anggotanya mengendalikan instrumen masing-masing.

Hendak dikatakan peminat tegar jauh sekali namun aku sempat juga membeli dua produk rilidan dari DEATH iaitu Leprosy dan Spritual Healing. Mungkin juga kerana lagu Pull The Plug mahupun lukisan cover albumnya menarik minat aku untuk meminat muzik DEATH itu. Sudah lengkap rilisan DEATH aku miliki tetapi hanya dua sahaja aku sempat kumpul dengan format jenis format iaitu piring hitam dan kaset. Faham-faham jelah faktor harga yang melambung bagi kebanyakkan rilisan DEATH ini.

Pertamanya ialah DEATH – SPIRITUAL HEALING. Kasetnya diriliskan oleh label Century Media Records manakala bagi piring hitam pula adalah hasil re-released semula oleh label Relapse Records. Dengan cover lukisan yang menggambarkan seperti sedang merawat pesakit yang terkena rasukan ini kelihatan agakanya lawak bagi aku. Semasa aku sekolah dahulu aku sendiri tergelak melihat covernya tetapi oleh kerana nama DEATH itu menjadi perbualan kebanyakkan rakan masa itu aku pun membeli untuk mencuba. Dari percubaan aku itulah mendatangkan minat aku yang teramat kepada mereka.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kedua pula, adalah DEATH -LEPROSY. Diriliskan pada tahun 1998 masa itu aku masih di darjah lima sekolah. Album ini lebih sedap dengan sudah semestinya dengan lagu-lagu seperti Pull The Plug, Leprosy dan banyak lagi. Cover yang bersesuaian dengan judul albumnya mengilustrasikan seorang lelaki yang dijangkiti penyakit(kusta mungkin). Trademark DEATH melalui logo serta lukisan-lukisan albumnya memudakan kita untuk mengenalinya. Kasetnya juga diriliskan oleh Century Media Records manakala format piring hitam pula dari Relapse Records. Satu ayat mampu aku ungkapkan iaitu segala-segalanya sedap dan menyeronokkan di dalamnya.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Hendak bercerita lebih pun tidak reti oleh itu sekadar berkongsi sedikit koleksi dan format yang sempat aku miliki dan beli sepanjang proses aku membesar untuk mengenali segala mengenai dunia ini. Sebabnya mereka terlalu lengkap bagi sebuah unit muzik yang pernah bergerak aktif suatu masa dahulu. Sekian.

mati pengubat nurani

5 thoughts on “mati pengubat nurani

  1. wah..terbaik la..Leprosy tu memang dah lama aku ngidam LP tak penah nya dapat.dua album yang aku teringin sangat nak piring hitamnya Leprosy dengan Sodom Agent Orange

    Like

Leave a comment