ketakutan melanda

Malam semalam aku sempat menonton sebuah filem seram berjudul The Taking Of Deborah Logan selepas sahaja balik dari kerja. Memang sudah lama aku hendak tengok tetapi ada sahaja perkara-perkara yang menghalang. Oleh kerana aku sudah pun download filem itu hampir seminggu yang lepas ke dalam thumbdrive, aku hampir-hampir lupa hendak menontonnya. Malam semalam baru teringat dan aku gunakan peluang itu untuk menontonnya di televisyen melalui usb port dvdplayer aku.

Seram jugak filemnya. Meremang bulu roma tengok seorang diri. Dari tekaan penyakit alzhemier terus ke rasukan terhadap Deborah memang menyeramkan. Bayangkan mulut yang membesar untuk menghadam atau dalam bahasa lain memakan melantak seorang budak kecil. Tidakkah gila namanya itu. Sesudah menonton aku masuk kebilik seperti biasa untuk melelapkan mata yang sudah kuyu ini. Sambil termenung memikirkan tentang filem tadi aku terfikirkan tentang band ABHORER. Mungkin kerana terma horror itu aku terbawa-bawa dan sebutan yang hampir sama agaknya aku terfikir.

image

image

Bila sebut tentang ABHORER pasti penggemar muzik keras atau metal mengenali mereka terutamanya penggemar-penggemar di asia tenggara ini mungkin di negara-negara eropah juga. Kumpulan yang berasal dari Singapura ini berbekalkan muzik ekstrim metal klasik ala-ala Sarcofago dan seangkatan di zaman itu memang mengujakan. Bagi sebuah kumpulan dari asia rasanya ABHORER berjaya meletakkan mereka diantara kedudukan yang terbaik sebagai sebuah kumpulan muzik ekstrim metal. Pada aku mereka ini seperti pakej. Dari nama ABHORER itu sendiri, nama ahli sehinggalah ke tajuk-tajuk lagu mereka memang menarik. Aku bukanlah seorang peminat tegar mereka namun sempat juga aku membeli sedikit rilisan dari mereka iaitu ABHORER – ZYGOTICAL SABBATORY ANABAPT. Muzik yang bengis tapi dalam masa yang sama agak catchy membuatkan kita pasti mengikut-ikut rentak muzik mereka di dalam album ini.

image

image

Sempat juga aku beli dalam dua bentuk format rilisan tersebut iaitu bentuk kaset dan piring hitam. Kaset ABHORER – ZYGOTICAL SABBATORY ANABAPT ini aku beli semasa pergi menonton gig. Terlihat ramai orang menjual di luar aku pun membelek-belek dan terjumpa kaset ini. Malas nak fikir panjang aku terus beli sahaja. Sebab memang sudah tidak diriliskan lagi pun. Kaset yang aku beli ini diriliskan oleh Ultra Hingax Productions dengan cover yang berlainan daripada keluaran bentuk CD dan piring hitam. Cover bagi kaset ini memaparkan api yang sedang marak terbakar. Tetapi aku tidak kisah sangat sebab yang penting bunyinya masih jelas dan baik. Namun kaset ini bukanlah yang baru ianya used ataupun terpakai tetapi masih berfungsi dengan baik.

image

image

Bagi versi piring hitam pula aku beli semasa sedang membelek-belek di laman sosial instagram. Ternampak ada yang mahu menjualnya oleh itu aku pun terus membida untuk membeli. Juga dalam kondisi used atau terpakai tetapi masih cantik dan nampak seperti baru. Memang sudah lama nak beli tetapi faktor harga yang melampau membuatkan aku membatalkan niat itu selama ini. Akhirnya ada yang ingin menjual dengan harga yang mampu milik bagi aku. Terima kasih kepada abang yang menjual itu. Versi piring hitam ini terisi sekali dengan beberapa benda didalam yang sangat menarik. Ianya seperti poster serta bersama piring hitamnya yang bergamba. Sebelah gamba cover album seblah lagi gamba ahli kumpulan ABHORER. memang menarik.

image

image

Bagi covernya pulak aku malas hendak cerita. Tengok sendiri sebabnya sangat epik. Terdapat juga beberapa maklumat mengenai lagu, biografi dan sebagainya. Piring hitam ini diriliskan oleh label yang rasanya penggemar ekstrim metal pasti sudah familiar iaitu Hells Headbangers records. Pasti semua sudah mengetahui cara dan bentuk-bentuk rilisan dari label ini. Berbanding dengan Nuclear War Now Productions yang lebih meriliskan kumpulan-kumpulan yang agak underrated, meriliskn demo-demo lama serta mengikut selera pemilik label tersebut tetapi bagi Hells Headbangers pula mereka meriliskan sesuatu yang sedang hits, trend bagi suasana muzik metal semasa sekarang pada pendapat aku. Kebanyakkan rilisan mereka di dalam bentuk atau format yang seperti oldschool(seperti rilisan era 80s-90s) tetapi diformulakan agar lebih kearah hipster untuk menarik perhatian pembeli. Bagi aku itu tiada masalah pun. Yang penting ianya menarik dan puashati.

image

image

Oklah sudah letih menulis sebenarnya. Sudah tiba masanya untuk aku tidur. Dari filem seram sampai ke ABHORER. Walau apapun filem The Taking Of Deborah Logan ini memang tidak rugi ditonton. Kebiasaannya aku bukan peminat filem-filem berstailkan seperti rakam-merakam ini sebab bagi aku ianya nampak sangat mengarutnya tetapi filem ini berjaya menarik perhatian aku. Mungkin kerana ianya tidak terlalu statik seperti kebanyakkan filem sebegitu yang lain. Jauh sangat sudah aku menyimpang dan merepek-repek.  Selamat malam. Sekian.

Advertisements
ketakutan melanda

2 thoughts on “ketakutan melanda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s