mati pengubat nurani

Sekarang jerebu tengah melanda dengan teruk. Pergi kerja pun panas haba lain macam. Jarak pandangan pun semakin teruk dengan kabus debu semakin memutih. Rasa hendak ambil cuti sakit sahaja duduk rumah tanpa meredah kesemua habuk debu itu. Tetapi apakan daya, tidak kerja tidak adalah duit nanti.

Yang sebenarnya aku bukannya hendak menjadi pengkaji cuaca sebaliknya hendak bercerita(tunjuk gambar sahaja) tentang format rilisan yang aku ada. Ianya dari sebuah kumpulan yang lengkap dan prolifik(bagi aku lah). Sebut sahaja nama vokalis merangkap guitaris dan nama kumpulannya pasti penggemar muzik ekstrum metal mengenali nya. Ianya ialah sebuah kumpulan elit yang berasal daripada Florida iaitu DEATH. Pasti ramai sudah lebih arif berbanding aku ini. Jika ada yang tidak tahu tapi claim diri anda sebagai metalhead lebih baik pergi terjun lombong.

DEATH dan Chuck Schuldiner adalah pelengkap bagi sejarah death metal dunia. Nama Chuck Schuldiner sendiri adalah nama penting bagi kewujudan dan kesuksesan kumpulan DEATH itu sendiri. Dengar sahaja nama mereka sudah terbayang akan dearh metal yang kompleks, solo berbelit-belit, segala instrumen bertempo-tempo dan jerit Chuck yang tersendiri itu. Ini bukan death metal hanya kisahkan headbanging sebaliknya lebih mempersembahkan kehebatan  Chuck dan anggotanya mengendalikan instrumen masing-masing.

Hendak dikatakan peminat tegar jauh sekali namun aku sempat juga membeli dua produk rilidan dari DEATH iaitu Leprosy dan Spritual Healing. Mungkin juga kerana lagu Pull The Plug mahupun lukisan cover albumnya menarik minat aku untuk meminat muzik DEATH itu. Sudah lengkap rilisan DEATH aku miliki tetapi hanya dua sahaja aku sempat kumpul dengan format jenis format iaitu piring hitam dan kaset. Faham-faham jelah faktor harga yang melambung bagi kebanyakkan rilisan DEATH ini.

Pertamanya ialah DEATH – SPIRITUAL HEALING. Kasetnya diriliskan oleh label Century Media Records manakala bagi piring hitam pula adalah hasil re-released semula oleh label Relapse Records. Dengan cover lukisan yang menggambarkan seperti sedang merawat pesakit yang terkena rasukan ini kelihatan agakanya lawak bagi aku. Semasa aku sekolah dahulu aku sendiri tergelak melihat covernya tetapi oleh kerana nama DEATH itu menjadi perbualan kebanyakkan rakan masa itu aku pun membeli untuk mencuba. Dari percubaan aku itulah mendatangkan minat aku yang teramat kepada mereka.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kedua pula, adalah DEATH -LEPROSY. Diriliskan pada tahun 1998 masa itu aku masih di darjah lima sekolah. Album ini lebih sedap dengan sudah semestinya dengan lagu-lagu seperti Pull The Plug, Leprosy dan banyak lagi. Cover yang bersesuaian dengan judul albumnya mengilustrasikan seorang lelaki yang dijangkiti penyakit(kusta mungkin). Trademark DEATH melalui logo serta lukisan-lukisan albumnya memudakan kita untuk mengenalinya. Kasetnya juga diriliskan oleh Century Media Records manakala format piring hitam pula dari Relapse Records. Satu ayat mampu aku ungkapkan iaitu segala-segalanya sedap dan menyeronokkan di dalamnya.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Hendak bercerita lebih pun tidak reti oleh itu sekadar berkongsi sedikit koleksi dan format yang sempat aku miliki dan beli sepanjang proses aku membesar untuk mengenali segala mengenai dunia ini. Sebabnya mereka terlalu lengkap bagi sebuah unit muzik yang pernah bergerak aktif suatu masa dahulu. Sekian.

mati pengubat nurani

pecahan berasingan

Apabila memikir tentang mahu membeli rilisan ataupun album-album baru yang menarik sentiasa membuat aku termenung. Memikirkan kumpulan apakah yang berbaloi aku beli rilisan mereka. Mungkin juga kerana faktor selera aku yang tidak menentu dan terhad itu juga membuatkan aku keliru dan serba-salah untuk membeli tanpa merisaukan kerugian. Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian aku, kalau ada pun mungkin dari Humiliatian, Lavatory, dan beberapa lagi. Tetapi sampai bila mahu mendengar bende yang sama?. Keliru, bingung, terdiam.

Langkah terbaik(pandangan aku) aku pilih sahaja rilisan split. Senang cerita, dua kumpulan dalam satu kaset. Namun aku tidak membeli yang baru sebaliknya selongkar sahaja kembali kaset-kaset lama dalam simpanan aku. Satu rilisan tetapi ada dua jenis bentuk muzik dari dua kumpulan. Jimat duit tidak perlu fikir banyak. Selongkar punya selongkar aku jumpa tiga kaset rilisan split ini. Ianya ialah split dari NECROTIC CHAOS / CARDIAC NECROPSY(Singapura), UNVIELED / TRAUMA(Indonesia) dan DUST COMPONENTS / NO PROMISES(Slovak Republic).

Kaset pertama ini rasanya tidak perlu sangat hendak aku introduksikan. Dua buah kumpulan yang sudah mempunyai nama yang kukuh dari kedua-dua negara. Di riliskan oleh DarkArt Release dan Ultra Hingax Productions dengan penghasilan cover yang milleneum aku kira menarik perhatian. Di dalamnya juga terdapat gambar serta sedikit info daripada kedua-dua kumpulan.

image

image

image

NECROTIC CHAOS nama yang sinonim dalam kancah muzik ekstrim di Malaysia, terdiri dari pemuzik-pemuzik yang berstatus otai tidak perlu dipertikai permainan mereka. Aku lebih suka menggelar mereka sebagai Morbid Angel Malaysia sebabnya memang menyerupai kumpulan tersebut. Dengar sahaja ketukan padu dari drummer mereka iaitu Wira yang mirip Pete Sandoval. lagu mereka dalam split ini kesemuanya amat mengancam. Pilihan aku adalah Forth Abbatoir, disebalik kelajuan dan kebrutalan turut diselitkan melodi dan solo-solo yang mengasyikkan.

image

image

image

Bagi CARDIAC NECROPSY pula mereka sememang sahaja laju dan menggila. Aku lebih gemar stail mereka sebegini berbanding rilisan terbaru mereka kini yang terlalu moden death metal sangat. Di dalam split ini mereka berpaksikan goregrind jika tidak silap. Lagu yang pendek tetapi penuh dengan kebrutalan amat bersesuaian sebagai rakan split ini. Juga terdiri dari orang-orang lama di dalam kancah muzik berat di Singapura. Pernah sekali melihat persembahan mereka semasa tour di Kuala Lumpur dahulu. Drummer mereka Tremor amatlah dasyat sekali dengan cara permainan yang ganas dan teramat laju.

Kaset kedua pula adalah split diantara UNVIELED dan TRAUMA. Rilisan split yang dihasilkan oleh label berpengaruh di Malaysia dahulu iaitu Psychic Scream Entertainment ini seperti biasa menggunakan khimat Acai Colours Garden selaku pereka bagi kebanyakkan kulit cover rilisan-rilisan mereka. Bentuk dan gambar cover splitnya yang aku kira menggambarkan penderitaan dengan sedikit mainan kaler kebiruan. Terdapat juga gambar dan info mengenai kedua-dua kumpulan.

image

image

UNVIELED yang terdiri dari pemuzik yang tidaklah juga terlalu baru kerana beberapa ahlinya daripada kumpulan Sickness. Berpandukan muzikal gore, grind dan death, mereka mirip kepada sebuah kumpulan sensasi autopsy iaitu Carcass. Aku paling menggemari tajuk-tajuk lagu mereka yang aku menarik aku rasa. Menyerupai seperti kebanyak kumpulan yang berkonsepkan sebegini. Lagu mereka juga dipenuhi dengan hentakan blastbeat yang mana ia menambah perasa terhadap lagu-lagu mereka.

image

image

image

Pilihan aku bagi split ini adalah kepada TRAUMA. Bersesuaian dengan gelaran sebagai raja death metal Indonesia, mereka berjaya meyakinkan aku bahawa mereka sememangnya layak membawa gelaran ini. Memuatkan lagu yang menyaksikan kreabiliti setiap anggota melengkapkan lagi struktur lagu-lagu mereka. Mungkin tidak banyak beza muzikal mereka dengan UNVIELED namun lagu-lagu TRAUMA kedengaran lebih segar.

Kaset yang seterusnya adalah antara DUST COMPONENTS dan NO PROMISES. Warna cover yang kehijauan dengan gambar yang mengingatkan aku kepada filem The Purge of Anarchy itu juga diriliskan oleh Psychic Scream Entertainment. Split ini aku beli di kedai Musicvalley(sudah tutup) Greentown Mall Ipoh semasa menemani emak ke sana dahulu dengan harga rm11. Aku di tingkatan dua masa itu.

image

image

DUST COMPONENTS antara nama yang pernah mewarnai kancah muzik ekstrim di Malaysia dahulu. Berteraskan thrash atau speed metal mereka antara kegemaran aku dahulu walaupun kurang menggemari bentuk nyanyian vokalisnya. Namun penghasilan muzik yang aku rasa amat membanggakan bagi sebuah kumpulan indipenden pada masa itu. Aku menyukai kesemua lagu-lagu mereka ini, yang mana ia di ambil dari rilisan EP mereka sebelumnya. Yang penting banyak solo-solo maut dihasilkan.

image

image

image

NO PROMISES mungkin agak asing bagi aku sendiri. Berlokasikan dari Slovak Republic mereka bukan calang-calang kumpulan. Seakan kumpulan Obituary lontaran vokal vokalis mereka. Lagu-lagu mereka juga seakan diantara thrash dan death metal, di selit dengan melodi dan solo mengingat aku kepada kebanyakan muzik metal dari negara Greece. Mereka profesional itu yang boleh aku cakapkan. Tidak perlu nama yang besar, tetapi lagu-lagu mereka membuktikan kreabiliti mereka untuk bersaing mengikut pendapat aku.

Ketiga-tiga rilisan split ini menjadi pilihan aku sebabnya ia mempunyai kelainan mereka tersendiri. Ia mengingat aku kepada beberapa split menarik yang lain seperti PARKISON / EXTREME DECAY dan juga SPUTUM / SENSELESS dari borneo. Mungkin aku akan cerita di lain entri. Dari ketiga-tiga split tersebut hanya dua sahaja yang masih boleh di pasang. Split antara NECROTIC CHAOS dan CARDIAC NECROPSY pula sudah berbelit tali kasetnya. Sekadar buat simpanan sahajalah jawabnya. Sekian.

pecahan berasingan

cinta saya gedebuk

Sedang membelek facebook tadi ternampak flyers tentang farewell show untuk LOVE ME BUTCH. persembahan mereka yang terakhir bersama shahrul selaku vokalis mereka kerana penghijrahan dia ke Australia. Mungkin selepas ini sudah berlainan agaknya LOVE ME BUTCH. Menyebut tentang LOVE ME BUTCH mengingat aku semasa sedang menjalani latihan industri(praktikal) di salah sebuah jabatan di area bangi dahulu.

Semasa di bangi, aku hanya menyewa sebuah bilik. Keadaan bilik jangan cakap la daifnya, sebab hendak yang murahkan. Peneman aku di dalam bilik hanyalah sebuah radio kaset masa itu terutama di masa kebosanan. Seingat aku masa itu LOVE ME BUTCH baru lepas rilis album This Is The New Pop. Bila ada duit sedikit aku sempat beli kaset ini di salah sebuah shopping kompleks di bangi(lupa nama) dahulu. Salah satu sebabnya bila mendengar lagu Reconcile dari mereka yang sedang hits di radio dan di tv8 masa itu.

image

image

Impak keseronokkan mendengar tidak terjelas. Aku rasa mereka adalah revolusi muzik remaja pada masa itu. Sebabnya, LOVE ME BUTCH yang mempopularkan, memainstreamkan muzik screamo, metalcore ke kaca televisyen Malaysia ini. Sedang pada masa itu Malaysia sedang sibuk melayan lambakkan kumpulan pop dari negara seberang, LOVE ME BUTCH menerjah dengan kreabiliti mereka dengan muzik yang lebih bertenaga untuk santapan halwa telinga remaja terutama bagi aku sendiri pada masa itu. Aku bukan peminat tegar mahupun yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka namun album kedua mereka ini berjaya menjerat aku untuk mendengar sebabnya ia berlainan dari album pertama mereka yang kearah rapcore kurang aku gemari.

image

image

Kaset yang menarik juga dari segala segi. Tengok sahaja kulit covernya yang sangat power bagi aku masa itu. Sampai kebanyakkan kumpulan sealiran mereka di Malaysia ini turut banyak mempengaruh mereka. Warna warni dengan hasil ilustrasi applikasi dari komputer mungkin. Hasil susunan ayat, lirik dan gambar juga menarik ibarat seperti ianya sebuah pakej collage. Seakan-akan produksi sebuah kumpulan dari barat jika dilihat. Rilisan ini juga diriliskan melalui label mereka sendiri iaitu One Armed Productions.

image

Hasil bunyi juga sangat mengujakan aku. Dengan suara emosional vokalisnya yang seakan-akan Chino Moreno dari Deftones menarik perhatian aku. Aku suka akan album ini sebab ia lebih laju, lebih amarah berbanding yang pertama dahulu. Mungkin disini melihatkan kematangan LOVE ME BUTCH sendiri. Mereka berjaya meletakkan standard mereka sendiri dikalangan kumpulan-kumpalan seperti mereka. Sedang kebanyakkannya masih kekal dibawah, mereka sudah berani menembusi pasaran yang lebih besar serta sudah mengumpul peminat-peminat dari luar Malaysia juga.

image

image

Pernah sekali aku kena marah dengan rakan sebab pasang kaset ini semasa memandu kereta dahulu. Sebab bising dengan jeritan katanya. Aku tersenyum sebab aku sukakannya. Susah juga mahu melabelkan kan LOVE ME BUTCH ini. Samada hardcore kah? Screamo kah? Metalcore kah? Emocore kah? Aku sendiri pun tidak tahu. Mereka berterusan progresif dengan kematangan mereka. Dari lagu yang pertama sampailah yang terakhir ianya disusun dengan baik sekali. Tidak henti-henti aku mendengarnya.

Perkabaran persembahan terakhir mereka membuat aku terdiam seketika. Tidak sempat hendak pergi tengok sebab sudah terlambat tahu pun. Pernah juga melihat persembahan mereka secara live beberapa kali dan ianya sememangnya energetik.  Sebuah kumpulan yang bagus tetapi apekah sudah sampai penghujungnya. Mungkin kebiasaan bagi semua almaklumlah semakin dewasa semakin banyak komitmen lain yang perlu diutamakan dalam kehidupan ini. Sekian.

cinta saya gedebuk

panas hati dan liga Malaysia

Siapa yang tidak panas, tidak bengang jika kita sudah menulis panjang lebar, bila diupload tetiba fail dan cancel. Entri terus padam tanpa auto saved. Tidak ke rasa hendak mencarut sahaja ini. Samada masalah dari line streamyx aku ataupun dari wordpress sendiri aku tidak tahu. Entri yang sepatutnya aku bercerita tentang 3 rilisan split sekaligus lenyap berserta 13 gambar begitu sahaja. Dengan theme yang tidak menjadi paparan seperti sepatutnya semua membuat aku panas hati. Sampaikan senarai recent post aku pun jadi hide dalam sidebar tidak tentu pasal. Kepada yang mahu membaca entri-entri yang lepas(jika berminat) silalah klik ke side bar tersebut.

Jalan penyejuk ataupun untuk memujuk hati yang sedang panas ini aku menulis dan terus menulis lagi bagi meredakan hati ini. Sambil menulis aku carilah bende sampingan iaitu semestinya muzik untuk meringankan kerunsingan ini. Pilihan aku terus kepada kaset kompilasi ini. Oi! ITS A MALAYSIAN LEAGUE sebuah kompilasi yang mengumpulkan nama-nama besar bagi peminat muzik street rock / oi di Malaysia. Menampilkan ACAB, THE OFFICIAL, ROOTS & BOOTS, THE BLADES, SATURDAY HEROES dan THE RUDEBOYS rasanya sudah cukup menguatkan album kompilasi ini menjadi pilihan bagi penggemarnya.

image

image

Aku dapat kaset ini semasa di sekolah dahulu. Hasil dari meminjam dari rakan sekolah semasa di tingkatan 2 dahulu kemudian terus menjadi harta aku sebabnya rakan aku itu pun sudah tidak berjumpa lagi. Bercerita tentang kompilasi ini memang sedap dari awal hingga akhir. Walaupun lambakkan kompilasi sebegini di Malaysia namun aku rasakan ini yang terbaik kerana lihat sahaja dari pilihan lagu, band hingga penghasilan covernya yang sangat menarik. Tahniah Strange Culture Records kerana meriliskan kompilasi ini pada tahun 1999 dahulu.

image

image

image

Didalamnya termuat sedikit nukilan mengenai sejarah pergerakkan skinhead di Malaysia, lirik lagu, gambar kumpulan yang terlibat dan sebagainya. Menariknya ia memuatkan keseluruhan nama kumpulan yang menjadi pelopor muzik dan pergerakkan tersebut dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Aku ping menggemari rekaan gambar dan warna covernya. Aku kira mungkin penggunaan photoshop berjaya menghasilkan serta mengubah wajah setiap ahli kumpulan yang terlibat ke dalam gambar skuad bolasepak Malaysia mungkin. Bersesuian dengan tajuk kompilasinya ia menyerupai sebuah liga bolasepak. Mungkin agak lawak namun ianya kreatif dengan elemen cut & paste. Permainan warna yang terang menjadi peranan menarik perhatian aku. Lengkap dari setiap sudut bagi aku.

image

image

Mendengar lagu-lagu di dalamnya sememangnya membuatka kita berjaya mengikut rentak dan bait-bait lirik. Ianya simple dan singalong. Mendengar dan melihat kembali kaset ini membuat aku teringat pula kepada rakan aku tersebut. Antara pembekal kaset-kaset punk dan oi semasa di sekolah dulu. Dia paling rajin beli kaset sebegini oleh itu kami ini pun tumpang meminjam sahajalah. Trade in kaset, sorok merata-rata elak dirampas pengawas adalah perkara biasa bagi kami dahulu. Those were the days. Sekian.

panas hati dan liga Malaysia

si pelawan foo

Jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, harga sekeping kaset amat memeranjatkan, mengejutkan dan menakutkan aku. Kalau dulu aku bole beli dengan harga rm11 hingga rm15, kini ianya sudah berganda harganya. Lihat sahaja di grup menjual kaset-kaset cukup mengerutkan dahi aku. Aku sendiri konfius adakah ini ripoff? atau ianya sebegitu di sebabkan faktor rare?. Sebut tentang rare aku memang hendak tergelak memikirkannya. Teringat semasa pergi ke pasar karat ipoh. Ternampak seorang abang ini menjual kaset Metallica – Kill Em All terpakai yang aku sendiri was-was tahap kondisinya. Namun kerana gatal mulut hendak bertanya aku pun terus bertanya abang itu berapa harga yang mahu dijualnya. Alangkah terkejut apabila rm80 dijawabnya. Terdiam seketika sambil dalam hati terdetik berkata-kata betul ke tahap gitu harganya. Kata abang itu sebab rare! aku pun tersenyum sinis sambil berjalan lalu melihat-lihat penjual-penjual yang lain. Kalau sudah rm80 lebih baik rasanya aku belanja emak aku makan, kenyang kami sekeluarga.

Sedar tidak sedar sebenarnya kita sendiri telah menjadi KAPITALIS hanya kerana disebabkan sesuatu barang itu kononnya rare. Mengarut bagi aku, its nonsense. Keseronokan membeli kaset tidak dapat dinafikan semasa era aku membesar dulu. Bersyukur sebab sempat membesar di era 90an. Kalau dahulu di Jusco Kinta City Ipoh mereka ada menjual kaset dengan harga yang sangat murah. Ada sesiapa masih ingat?. Bayangkan dari serendah rm0.50sen hingga ke rm1 atau rm2 sahaja. Bukan kaset-kaset cetak rompak tetapi semuanya original tetapi yang mungkin kurang mendapat sambutan peminat muzik mainstream masa itu. Sebabnya ianya terdiri dari kaset kumpulan mahupun artis yang kurang dikenali ramai. Antara yang masih aku ingat adalah The Beach Boys, Guns N Roses, The Cardigans, Rem, Foo Fighters, Soundgarden, Stone Temple Pilots dan banyak lagi. Bila cuti hujung minggu aku dan rakan-rakan mesti ke sana bagi melihat dan membeli kaset yang diminati di situ. Sebabnya murah dan bagi kami yang masih bersekolah ianya sangat berbaloi.

Antara kaset yang masih dalam. simpanan aku ialah FOO FIGHTERS ini. Aku membelinya dengan harga rm1. Masa itu trend musik Alternative sedang agak menular. Apa sahaja yang berentakkan rocknroll dari remaja digelarkan sebagai Alternative walaupun ianya adalah grunge, indierock ataupun pop sahaja. Kebanyakkan kaset ada pelekat seperti itu. Ianya mengikut jenis muzik. Alasan membeli kaset ini semestinya kerana vokalis merangkap gitaris bagi FOO FIGHTERS ini. Siapa tidak kenal Dave Grohl. Drummer sensasi bagi kumpulan yang membangkitkan semangat remaja suatu keyika dahulu iaitu Nirvana. Selepas ketiadaan Kurt Cobain, Dave menubuhkan kumpulan ini. Jika tidak silap album pertama FOO FIGHTERS ini dirakam dan dihasilkan oleh Dave Grohl seorang.

image

image

Lagu Big Me memang penarik dalam album ini. Sesiapa yang mengenali mereka mana mungkin tidak pernah jamming lagu ini. Aku sendiri bersiul-siul di sekolah bersama-sama rakan mengikut rentak lagu ini. Santai tetapi punya feels yang mendalam. Album ini mungkin percubaan bagi Dave Kerana lagu-lagunya bukanlah seperti Nirvana yang agak rebel tetapi dia memilih untuk lebih radio-friendly dan mudah didengari. Cover albumnya sehingga ke hariini aku masih tertanya-tanya apakah maksudnya. Sebijik pistol klasik(mungkin) menjadi cover kulit albumnya. Dalamnya juga agak simple. Diriliskan oleh Capitols Records rasa tidak perlu diperkatakan lagi sebabnya ia label yang sudah dikenali.

image

image

Keseronokan mendengarnya sehingga kami sempat berjamming di studio berdekatan sekolah. Selepas sahaja habis waktu sekolah aku dan rakan terus ke studio bagi menghabiskan duit belanja sekolah. Walaupun hanya mampu memainkan lagu Big Me sahaja, itu sudah cukup menggembirakan kami yang mempunyai minat tidak seperti rakan-rakan sebaya lain kerana kebanyakkan mereka terlalu sibuk dengan motor mereka. Selepas dari rilisan ini mereka terus berjaya sehinggalah ke hariini. Melihat album terbaru mereka dalam format piring hitam membuatkan aku teringin untuk membeli. Covernya unik mungkin itu menjadi penarik untuk aku membeli serta menatapnya nanti.

image

image

Melihat kaset ini membuatkan aku tersenyum seorang. Teringat kisah-kisah semasa di sekolah dahulu. Emak ayah bagi duit belanja sekolah tetapi kami simpan dan kumpul untuk ke studio jamming. Konon-konon mahu membentuk sebuah kumpulan tetapi hanya angan-angan kosong. Masa berlalu dan hidup semakin menekan. Kebanyakannya hilang minat oleh kerana tekanan hidup dan terus melupakan kisah-kisah yang lalu. Ade dunia realiti yang lebih penting diterjah dan lalui. Sekian.

si pelawan foo

bangkai itik

Dulu semasa di zaman persekolahan kawan selalu sangat bercerita tentang kehebatan dan keseronokan dia mendengar kaset CARCASS yang dibelinya. Aku juga yang terpinga-pinga masa itu. Sebabnya aku tidak begitu menggemari corak permainan CARCASS pada masa itu. Mungkin juga kerana aku agak sukar menghadam muzik goregrind yang dibawakan oleh mereka pada masa itu membuatkan aku tidak begitu memfokus kearah mereka.

Namun kelahiran album CARCASS – SWANSONG ini membuatkan aku mula mengambil perhatian terhadap mereka. Aku rasakan yang ini sudah lain. Bukanlah album yang terbaru namun ia satu-satunya album CARCASS yang aku beli dan miliki. Aku membelinya semasa masih berada di kolej di Melaka dahulu. Ia berlainan, tidak kompleks tidak gore seperti rilisan mereka yang terawal. Ini lebih kepada rock and roll yang agak berat dan laju, grindrock mungkin.

image

image

Mendengar Swansong mengingatkan aku kepada stail muzik yang dibawakan oleh Mastodon dan Baroness pada masa sekarang ini. Mungkin aku salah tetapi itu yang mampu aku tafsirkan. Ianya menarik serta lebih eksperimentasi. Ini membuka mata aku untuk lebih mengambil perhatian terhadap rilisan mereka yang seterusnya. Namun album terbarunya kembali merundumkan minat aku terhadap CARCASS. Sudah hilang bisa mereka sebaliknya hanya meneruskankan apa-apa yang telah mereka lakukan seperti sebelum ini tanpa sebarang perubahan. Yang jelas peningkatan mereka adalah statement-statement status mereka di facebook yang kian menjelikkan aku. Terima kasih youtube sebab menjadi tempat untuk aku mencuba dengar dahulu sebelum membeli sebarang rilisan pada masa sekarang. Berbanding dahulu jikalau salah beli dan tidak best memang meranalah duit membazir.

image

image

Cover album Swansong menarik sebab agak berkaler. Warna merah atau pink mungkin sedikit menandakan tentang perubahan mereka di dalamnya. Ramai yang tidak menggemari tetapi bagi aku ini rilisan CARCASS yang terbaik. Oleh kerana sudah lama tidak berpasang disebabkan radio kaset yang telah rosak ianya terbiarkan untuk beberapa tahun di celah-celah almari aku. Diriliskan oleh Valentine Sound Productions rasanya sudah familiar bagi penggemar muzik sebegini tentang label ini.

image

Mencari-mencari juga bagi format piring hitam namun masih belum ketemu dengan harga-harga yang mampu milik. Almaklumlah, bila sudah ada nama harga pasti melambungkan. Baru-baru ini juga aku ada membeli sebuah kaset walkman berjenama Pensonic. Tetapi masih belum sempat untuk mendengarnya kembali oleh kerana faktor pekerjaan yang kian menggila sekarang ini. Sekian.

bangkai itik

sekolah oren

Ingat masa di bangku sekolah dulu. Ade pertandingan menghias kelas masing-masing. Setiap kelas dihias dengan bermacam cara. Ada yang penuh dengan poster-poster sukan,  carta-carta organisasi, gamba-gamba ilmiah dan sebagainya. Tetapi bagi kelas kami memang jauh kelainannya. Sebab apa? Sebab penuh kami tampal dengan poster kumpulan rock dan flyer-flyer gig di sekitar ipoh ini. Yang seronoknya guru kelas kami ini memang jenis rilek. Tidak pernah menghalang cuma yang dipesannya asalkan jangan berunsur lucah sudahlah. Bayangkan poster kumpulan Koffin Kanser kami slumber sahaja tampal dalam kelas dengan terpampang gamba Aru yang berambut dreadlock itu. Tapi akhirnya selepas seminggu terpaksa dibuang sebabnya pengetua kami mengarahkan ianya ditanggalkan.

Kebanyakkan flyers gig ditampal oleh seorang kawan aku ini. Dia memang banyak simpan dan kumpul flyers. Dahulu flyers gig boleh jumpa di tampal-tampal di bustand, tiang-tiang dan dinding bangunan sekitar Ipoh ini. Mungkin di koyak agaknya bawak balik. Kebanyakan senarai kumpulan dalam flyers itu mesti ada nama MUCK. Iya MUCK! senang cerita orang lama bagi scene indierock/lo-fi di Ipoh ini.

Yang menariknya tentang MUCK ini ialah mereka tetap dengan cara underrated mereka. Walaupun mereka boleh ekspose keluar sebabnya nama MUCK itu sendiri sudah kukuh dan familiar tetapi mereka tetap dengan cara lowprofile mereka dan tidak menjadi hipster seperti kebanyakan kumpulan ataupun penggemar muzik sebegini. Indierock/lo-fi yang berteraskan dari SONIC YOUTH dan DINASOUR JR memang melonjakkan sesiapa yang mendengarnya.

Seingat aku semasa sedang cuti semester semasa masih di kolej dahulu aku merayap di sekitar Ipon ini. Singgah sebentar ke kompleks Yik Foong seperti biasa untuk ke kedai Melodi Music Centre untuk sesi mengabiskan duit. Ternampak kaset MUCK – ORANGE SCHOOL ini ada dijual. Tidak perlu fikir panjang aku pun ambil dan terus beli. Balik ke rumah aku terus pasang di radio dalam bilik aku. Terduduk mendengar sambil tersenyum. Memang menarik dan seronok. Sambil berkata-kata dalam hati, memang best rupanya.

image

image

Kesemua dihasilkan secara dan oleh mereka sendiri. Diriliskan juga oleh label mereka sendiri iaitu Bodysurf Music yang seakan-akan Subpop juga bila dilihat logonya. Cover yang sangat simple dengan lukisan berimejkan bas sekolah serta diselitkan wajah ahli-ahli MUCK itu sendiri, menggunakan aplikasi fotoshop bersesuaian dengan judul rilisan mereka ini iaitu Orange School. Di dalamnya termuat juga sedikit biografi mereka serta gamba ahli MUCK itu sendiri. Sebuah rilisan yang baik dan simple bagi aku.

image

image

Muzik di dalamnya memang sangat-sangat menarik bagi aku. Ianya betul berjaya menarik semangat hiper remaja aku pada masa itu. Mungkin kekurangan dari segi vokalnya tetapi abaikanlah, mungkin itu sudah trademark mereka untuk orang mengenali MUCK itu. Terkesan sungguh pengaruh SONIC YOUTH yang menebal dalam keseluruhan lagu Orange School ini. Di kukuhkan lagi dengan ketukan drum berbau DINASOUR JR sememangnya mencantikkan lagi struktur lagu-lagu dalamnya. Puas hati, tidak rugi beli, itu pun harap duit pinjaman.

image

Masih berkondisi baik walaupun agak lama tidak dipasang dan didengari. Lega kasetnya tidak berlumut. Pernah hampir-hampir hilang dipinjam kawan tetapi berjaya di ambil kembali. Sampai sekarang aku rasa MUCK masih kekal lowprofile sebegitu. Dengar-dengar cerita juga mereka bakal meriliskan album dalam format piring hitam nanti. Sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Sekian.

sekolah oren