si pelawan foo

Jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, harga sekeping kaset amat memeranjatkan, mengejutkan dan menakutkan aku. Kalau dulu aku bole beli dengan harga rm11 hingga rm15, kini ianya sudah berganda harganya. Lihat sahaja di grup menjual kaset-kaset cukup mengerutkan dahi aku. Aku sendiri konfius adakah ini ripoff? atau ianya sebegitu di sebabkan faktor rare?. Sebut tentang rare aku memang hendak tergelak memikirkannya. Teringat semasa pergi ke pasar karat ipoh. Ternampak seorang abang ini menjual kaset Metallica – Kill Em All terpakai yang aku sendiri was-was tahap kondisinya. Namun kerana gatal mulut hendak bertanya aku pun terus bertanya abang itu berapa harga yang mahu dijualnya. Alangkah terkejut apabila rm80 dijawabnya. Terdiam seketika sambil dalam hati terdetik berkata-kata betul ke tahap gitu harganya. Kata abang itu sebab rare! aku pun tersenyum sinis sambil berjalan lalu melihat-lihat penjual-penjual yang lain. Kalau sudah rm80 lebih baik rasanya aku belanja emak aku makan, kenyang kami sekeluarga.

Sedar tidak sedar sebenarnya kita sendiri telah menjadi KAPITALIS hanya kerana disebabkan sesuatu barang itu kononnya rare. Mengarut bagi aku, its nonsense. Keseronokan membeli kaset tidak dapat dinafikan semasa era aku membesar dulu. Bersyukur sebab sempat membesar di era 90an. Kalau dahulu di Jusco Kinta City Ipoh mereka ada menjual kaset dengan harga yang sangat murah. Ada sesiapa masih ingat?. Bayangkan dari serendah rm0.50sen hingga ke rm1 atau rm2 sahaja. Bukan kaset-kaset cetak rompak tetapi semuanya original tetapi yang mungkin kurang mendapat sambutan peminat muzik mainstream masa itu. Sebabnya ianya terdiri dari kaset kumpulan mahupun artis yang kurang dikenali ramai. Antara yang masih aku ingat adalah The Beach Boys, Guns N Roses, The Cardigans, Rem, Foo Fighters, Soundgarden, Stone Temple Pilots dan banyak lagi. Bila cuti hujung minggu aku dan rakan-rakan mesti ke sana bagi melihat dan membeli kaset yang diminati di situ. Sebabnya murah dan bagi kami yang masih bersekolah ianya sangat berbaloi.

Antara kaset yang masih dalam. simpanan aku ialah FOO FIGHTERS ini. Aku membelinya dengan harga rm1. Masa itu trend musik Alternative sedang agak menular. Apa sahaja yang berentakkan rocknroll dari remaja digelarkan sebagai Alternative walaupun ianya adalah grunge, indierock ataupun pop sahaja. Kebanyakkan kaset ada pelekat seperti itu. Ianya mengikut jenis muzik. Alasan membeli kaset ini semestinya kerana vokalis merangkap gitaris bagi FOO FIGHTERS ini. Siapa tidak kenal Dave Grohl. Drummer sensasi bagi kumpulan yang membangkitkan semangat remaja suatu keyika dahulu iaitu Nirvana. Selepas ketiadaan Kurt Cobain, Dave menubuhkan kumpulan ini. Jika tidak silap album pertama FOO FIGHTERS ini dirakam dan dihasilkan oleh Dave Grohl seorang.

image

image

Lagu Big Me memang penarik dalam album ini. Sesiapa yang mengenali mereka mana mungkin tidak pernah jamming lagu ini. Aku sendiri bersiul-siul di sekolah bersama-sama rakan mengikut rentak lagu ini. Santai tetapi punya feels yang mendalam. Album ini mungkin percubaan bagi Dave Kerana lagu-lagunya bukanlah seperti Nirvana yang agak rebel tetapi dia memilih untuk lebih radio-friendly dan mudah didengari. Cover albumnya sehingga ke hariini aku masih tertanya-tanya apakah maksudnya. Sebijik pistol klasik(mungkin) menjadi cover kulit albumnya. Dalamnya juga agak simple. Diriliskan oleh Capitols Records rasa tidak perlu diperkatakan lagi sebabnya ia label yang sudah dikenali.

image

image

Keseronokan mendengarnya sehingga kami sempat berjamming di studio berdekatan sekolah. Selepas sahaja habis waktu sekolah aku dan rakan terus ke studio bagi menghabiskan duit belanja sekolah. Walaupun hanya mampu memainkan lagu Big Me sahaja, itu sudah cukup menggembirakan kami yang mempunyai minat tidak seperti rakan-rakan sebaya lain kerana kebanyakkan mereka terlalu sibuk dengan motor mereka. Selepas dari rilisan ini mereka terus berjaya sehinggalah ke hariini. Melihat album terbaru mereka dalam format piring hitam membuatkan aku teringin untuk membeli. Covernya unik mungkin itu menjadi penarik untuk aku membeli serta menatapnya nanti.

image

image

Melihat kaset ini membuatkan aku tersenyum seorang. Teringat kisah-kisah semasa di sekolah dahulu. Emak ayah bagi duit belanja sekolah tetapi kami simpan dan kumpul untuk ke studio jamming. Konon-konon mahu membentuk sebuah kumpulan tetapi hanya angan-angan kosong. Masa berlalu dan hidup semakin menekan. Kebanyakannya hilang minat oleh kerana tekanan hidup dan terus melupakan kisah-kisah yang lalu. Ade dunia realiti yang lebih penting diterjah dan lalui. Sekian.

si pelawan foo

4 thoughts on “si pelawan foo

  1. deaf says:

    This is a call sedap hehehe.
    Benda2 gini susah nak cakap – Contoh Tshirt ke hapa ke orang jual2 kat internet. Heran aku. Tapi selagi ada demand maka ginilah jadinya. Dan seller pun tak rugi apa2 kalau tak mengletgo item tu.
    Untuk aku aku cuba elakkan. Dulu ada la sikit2, beli LP melayu tapi tu lain la. hehe. Sekarang dah takde la, ada ada, takde atau harga orang manipulate , aku tak mau dah.

    Like

  2. wow…kaset Kill Em All sampai RM80???…kaya aku ni kalau jual aku punya…hahaha….tapi tu la…benda kalau dah jadi trendy…dah jadi hipster…memang akan jadi mengarut…tapi nak buat macamana…selagi ada permintaan…selagi ada yang sanggup bayar mahal….benda ni tak boleh nak elak….kita yang tak berapa nak berduit ni dapat tengok ajer la…hahaha…

    btw…aku tak tau sangat Foo Fighters…tak follow….dan tak berapa nak minat pun….bukan zaman aku…heheh….

    Like

    1. Pelik sb still ade yg snggup beli dengan harga cmtu kn..kaya2 hipsterudin hehe… zmn sy membesar melalui era2 alternative grunge bagai ni.. slepas kes blek metel dlo kami beralih arah ke lain..hehee

      Like

Leave a comment