membatu dan elektrik membinasakan

Setibanya ke rumah semalam aku diberi oleh emak nota tinggalan dari pihak pos laju meminta aku ke pejabat pos untuk mengambil barang aku. Sebabnya kerana semasa mereka hantar tiada sesiapa dirumah. Dengan pantas aku start enjin motor terus pecut ke pejabat laju. Mengejar masa yang sudah hampir ke waktu tutup operasi mereka aku sampai dalam lebih kurang 15 minit sebegitu. Masuk ke dalam dengan muka keterujaan untuk berakhir dengan kehampaan apabila pekerja dikaunter tersebut cakap lori mereka belom pulang lagi dan waktu operasi sudah hampir habis. Pasti aku tidak sempat mengambilnya hariini.

Paling malas bila perlu ke pejabat pos laju sampai dua kali semata-mata mahu mengambil barang yang di order atau beli. Hendak atau tidak terpaksa juga tunggu esok hari. Esok pagi-pagi sebelum ke tempat kerja aku berkejar ke pejabat pos laju dulu. Nasib baik tidak ada masalah kali ini. Dapat barang yang dibeli aku bawak sahaja terus ke tempat kerja. Simpan dulu dalam bonet. Setelah balik kerumah aku pun terus bawak keluar dan bukak. Ini dia penangan dua kali kepejabat pos ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE. Dengan cover yang sudah sedikit berlekuk mengerutkan dahi aku melihatnya. Tidak tahu hendak salahkan siapa. Tidak apa lah, abaikan sahaja asalkan ia tidak hancur cukup. Hendak salahkan orang pos laju pun tidak boleh kerana mereka sudah tolong hantar pun aku sudah bersyukur.

image

image

Sebab dan musabab aku membeli piring hitam ELECTRIC WIZARDS ini kerana tetiba menjadi kemaruk menonton video live mereka di laman youtube. Menarik pulak dengar lagu-lagu mereka. Pelahan, berat, gelap dan membingungkan kadang kadang. Itu pandangan aku tentang musik meraka. Berimejkan seperti anda sedang melihat kumpulan Black Sabbath tetapi dengan imej yang lebih gelap. Itu yang aku nampak disini.

image

image

image

Sebuah package yang agak menarik sebenarnya. Didatangkan dengan dua piring hitam oleh kerana lagu-lagunya yang panjang lebar pasti tidak mencukupi untuk dimuatkan dalam satu piring sahaja. Bahagian dalamnya paling menarik perhatian aku. Permandangan lanskap hutan banat yang terselit satu jaket berpatcheskan nama logo ELECTRIC WIZARS sendiri menjadi tanda tanya. Beserta poster yang besar aku sendiri tidak berani hendak tampal sebab pasti emak aku akan koyakkan dan bakar. Poster yang menggambarkan ahli kumpulannya di dalam lukisan seperti keranda dengan warna agak terang menjadikannya menarik.

image

image

Memutarkan piringnya kadang kala membuatkan aku terlelap disebabkan ianya terlalu panjang dan meleret-leret. Tetapi dengan produksi yang agak raw dan kasar menenggelamkan muzik stoner doom mereka sebaliknya berbunyi seperti sebuah kumpulan doom metal black dan seangkattan dengannya. Entahlah, bedal sahajalah. Pengetahuan aku pun masih di tahap rendah. Sahaja suka belagak pandai padahal tak pandai-pandai. Menulis pun pasti ada yang tertidur membacanya.

Diriliskan oleh Spinefarm Records dan Witch Finder Records dan piring hitam ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE ini memang berat. Pertama kali pegang aritu agak terkejut. Kalau ditimbang agaknya berapa kilo dapat?. Pakej yang padat dan sarat mungkin sebab itu menjadi berat. Aku suka dan ia makin nampak menarik dan berbaloi aku membelinya. Tidak rugi mencubakan. Sekian.

Advertisements
membatu dan elektrik membinasakan

8 thoughts on “membatu dan elektrik membinasakan

  1. deaf says:

    Electric Wizard very doomy ye? Aku was like serba salah kat Hellfest nak tengok dorang main or another rock band main. Aku tak ingat sapa. So aku skip Electric Wizard.
    Aku suka High On Fire. Album terbaru dorang dahsyat giler. haha.

    Liked by 1 person

  2. Salam bro…
    suka blog kau bro, pilgrim memang band kegemaran masa aku sekolah jugak… tapi biasa la bila dah lama-lama minat akan beralih ke arah bunyi yang lebih teknikal macam metal sebab intensiti bunyi, tapi semangat punk rock tetap masih ada. Teruskan ulas vinyl walau aku takde turntable, tapi band underated memang menarik dari segi sound dan teknikaliti. Aku link blog ko bro…. salam.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s