raja segala raja

Hari cuti adalah hari yang paling menyeronokkan bagi aku untuk terperap di rumah. Almaklumlah waktu bekerja aku yang sentiasa membuat aku tidak cukup rehat dan tido. Memang bukan tabiat aku hendak merayap tanpa hala tuju kecuali jika mahu ataupun mempunyai tujuan sahaja baru aku keluar. Jika tidak lebih sahaja aku terperap di rumah yang penting tidak menganggu sesiapa.

Apabila terperap di rumah aku mudah untuk bersenang-lenang dengan muzik kegemaran aku. Salah satu sebabnya ialah penerimaan keluarga aku terhadap selera muzik aku yang suatu ketika dulu dipandang serong oleh sesetengahnya. Paling sedih bila kaset kumpulan kegemaran aku dibakar dan ianya amatlah sukar untuk di cari kembali pada masa sekarang. Tetapi tahniah kepada Gempita Records kerana berjaya meriliskan kembali format kaset tersebut kepada bentuk piring hitam.

Kumpulan yang aku sebutkan itu ialah ATHOTORGH. Jangan kata anda peminat muzik ekstrim tempatan jika tidak pernah mengetahui siapa itu ATHOTORGH. Kumpulan yang berpaksikan muzik Thrash Metal atau mungkin juga Heavy Metal ini telah bergerak aktif disekitar awal 90an lagi ini tetap kekal dengan cara mereka. Mungkin ini pujian melambung tetapi ATHOTORGH sememangnya king of thrash di Malaysia. Mungkin ramai yang menafikan malah mengatakan yang Cromok(dipenuhi solo yang meleret-leret dan membosankan) adalah lebih baik tetapi tidak bagi aku. Mereka hanya sebuah kumpulan rock yang bajet rockstar di pentas. Paling lawak bila ada yang menyebut Xpdc sebagai king of thrash di Malaysia. Melingkuplah semua jikalau begitu. Mungkin jad begitu sebabnya kedua kumpulan ini(Cromok dan Xpdc) menjadi kegemaran mat-mat rempit di Malaysia ini.

image

image

Berbalik kepada rilisan piring hitam ATHOTORGH – PROMASTER DIEYANA ini. Aku rasa Gempita Records memang tepat dalam memilih rilisan untuk di riliskan kembali. Bagi peminat muzik ekstrim ataupun underground di Malaysia nama mereka bukan asing aku rasa. Menjadi siulan rentak muzik ATHOTORGH semasa di sekolah antara kami rakan-rakan sememangnya perkara biasa di waktu itu. lagu seperti Promaster Dieyana dan Beyond The Serpent Scream berjaya menarik halwa telinga terutamanya aku sendiri untuk bergoyang mengikut rentaknya. Simple, straight to the point dan laju menjadi mainan bagi ATHOTORGH sebagai pilihan mereka.

image

image

Suara vokalisnya yang seakan-akan vokalis kumpulan Venom, ketukan drum seakan dari Pete Sandoval itu merancakkan lagi ATHOTORGH. Piring hitam ini hadir dalam edisi terhad tidak silap aku iaitu 250 unit sahaja. Tiada perubahan sangat berbanding format kaset mereka sebelum ini dengan warna dan paparan gamba di covernya yang sama. Cuma disertakan juga di dalamnya beberapa benda seperti poster dan booklet. Booklet tersebut memuatkan sedikit interview mereka bersama fanzine, koleksi gambar ATHOTORGH, biografi, senarai discografi dan bermacam lagi turut dimuatkan.

image

image

Pilihan warna merah sememangnya tepat dan sesuai dengan kegarangan muzik ATHOTORGH itu. Warna yang sama semenjak dari format kaset mereka diteruskan ke format ini. Di dalam piring hitam ini juga terdapat sebuah lagu baru yang bertajukkan dalam bahasa German(einch faikel) sebagai sebuah bonus track. Ternyata feels mereka masih sama dan aku sendiri masih berharap mereka akan meriliskan sesuatu yang baru lagi walaupun ianya mungkin hanya tinggal harapan kerana ada ahli kumpulannya yang kini suda menetap di luar negara.

image

image

Dalam 2/3 tahun ini juga telah melihatkan ATHOTORGH kembali terlibat dan mengadakan beberapa siri gig reunion mereka di Publika Solaris, Kuala Lumpur dan Kepura Cave, Ipoh yang mana ianya berjaya menarik kehadiran yang ramai. Ini membuktikan muzik mereka masih didengari serta masih segar walaupun sudah lama. Kesemua lagu-lagu yang pada aku mudah melekat menyebabkan ia masih menjadi perbualan sehingga kini. Setiap lagu mempunyai jiwa dan kelainan yang mampu mengingati setiap bait-bait lagunya sehingga sukar untuk menyatakan yang mana tidak enjoyable.

Masa kini Malaysia di kerumuni dengan kepelbagaian kumpulan thrash dan heavy yang lebih giat antaranya LOBOTOMY, VAULT(sekadar menyebut beberapa kumpulan) dan sebagainya namun legasi dan impak yang ditinggalkan oleh ATHOTORGH amat sukar untuk ditandingi. Mereka tetap dengan cara mereka dan raja segala raja thrash di Malaysia. Sekian.

Advertisements
raja segala raja

8 thoughts on “raja segala raja

  1. d arsil says:

    aku ada turun masa gig dorang kat publika tu, sayangnya tali gitar putus aaaaaaaarghhh… ohya mungkin mereka layak mendapat gelaran raja thrash metal dimalaysia ni, cumanya ini saja rilisan mereka yang ada, kalau nak lawan ngan cromok diskografinya memang cromok patut diangkat raja thrash metal malaysia.. haha xpdc pula itu tak layak langsung. .. aku ada kaset ni, baru2 ni jumpa, aku terus sambar,.. promaster dieyana gilababi nye sedap, aaaaaaarghhh

    Like

    1. Haha lawak tgk grup kt fb diowg berdebat ttg xpdc konon metallica la megadeth la masa nk konsert reunion ritu… Last last tongganglanggang..kekke.. yup mmg cromok layak juz mnyampah dgn sikap rockstar diowg tu…heheh

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s