skematik dirundum sepi

Lama sangat rasanya tidak mengepos apa-apa entri. Hampir sebulan juga rasanya. Almaklumlah baru bertukar ke tempat kerje yang baru oleh itu kenalah berkerja hampir setengah mati bagi menunjukkan aku ini berbaloi diambil oleh syarikat. Sepanjang tempoh ini juga memang tidak ada sebarang rilisan mahupun apa-apa yang aku beli. Hanya sekadar mendengar sahaja segala-gala yang ada dibilik.

Walaupun baru-baru ini juga dengan kehadiran rilisan semula Langsuyr eastern cruelty ke dalam format piring hitam serta kemunculan rilisan terbaru Sil Khannaz iaitu thunder roar membuatkan aku gelisah untuk membelinya. Namun aku tahan niat untuk membeli itu sementara waktu oleh kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Berbalik kepada cerita tadi, menyenglongkar kembali rilisan-rilisan yang pernah dibeli kadang kala menyeronokkan juga. Menemukan beberapa bende yang dibeli tetapi aku sendiri pun sudah jarang mendengarnya. Oleh itu baik juga untuk didengari kembali. Rilisan tersebut ialah dari ISKRA, TOOL OF THE TRADE, RAGE AGAINST THE MACHINE dan SEPULTURA sahaja. Seronok juga dengar kerana ia seakan-akan segar kembali di telinga mungkin kerana sudah lama dibiarkan.

Ok lah, malas nk cerita panjang. Aku tempek sahajalah gambar-gambar dari Cd rilisan kumpulan tersebut. Kalau korang rajin tengok-tengoklah ok. Yang pertama ialah sebuah kumpulan dari Russia(mungkin silap..terlupa) iaitu ISKRA – Bureval yang berteraskan hardcorepunk yang di gabungkan dengan black metal menjadinya metal punk secara mudahnya.

image

image

Laju, pantas, terus ke muka, protes, bingit, melalak sana sini, ini yang ada didalamnya. Simple but great!. Itu pandangan aku. Tidak perlu solo berbelit-belit untuk menjadikannya menarik. Aku suka album Bureval ini. Didalamnya terselit juga lirik bagi setiap lagu mereka dengan booklet yang agak menarik.

image

image

Seterusnya pula adalah rilisan dari kumpulan tempatan kita. Dianggotai oleh individu yang bergerak aktif dalam scene hardcorepunk di Malaysia ini. Ianya adalah TOOLS OF THE TRADE – Defy. Lihat sahaja cover albumnya yang mempunyai warna menarik dan kecantikan lukisan yang menjadi paparan. Berkonsepkan grindcore mereka mengingatkan aku kepada Brutal Truth ataupun Carcass mungkin.

image

image

Seperti juga Iskra tadi, album TOOLS OF THE TRADE juga mempunyai pakej yang menarik dengan rilisan digipak mereka ini. Dari penghasilan bunyi yang kemas sehinggalah ke susunan lagu-lagu mereka. Tidak tahu dikomenkan apa-apa sebabnya ia sememangnya menarik dan tidak rugi untuk dijadikan koleksi.

image

image

Siapa tidak tahu akan mereka ini. Sebut sahaja nama kumpulannya sudah pasti ramai yang lebih arif dan memahami. Album RAGE AGAINST THE MACHINE – Evil Empire satu-satunya album dari mereka yang aku memiliki format kaset dan Cd nya. Album yang lain hanya aku beli kaset-kasetnya.

image

image

Gambaran budak seperti adiwira itu menarik minat aku membelinya. Lontaran vokal Zach De La Rocha sememangnya diboleh dipertikaikan. Gemar sungguh corak nyanyiannya yang penuh amarah itu. Beberapa projek muziknya yang lain juga turut aku ikuti yang mana kebanyakkan hampir serupa penyampaian dan memprotes dia.

image

image

Selepas itu pilihan aku ialah rilisan dari SEPULTURA – Morbid Vision. Album ini adalah versi remastered dan turut disertakan sekali lagu-lagu dari Bestial Devastations. Rilisan terawal sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan penggemar muzik mereka. Aku sendir berhenti mendengar muzik mereka selepas sahaja album Roots Bloody Roots kerana selepas itu kebanyakkannya agak membosankan.

image

image

Didalam covernya terselit sedikit biografi serta beberapa review dan info mengenai sejarah perjalanan muzik mereka di era itu. Tidak tahu untuk diulaskan apa sebabnya ianya sudah cukup menarik dan menyeronokan bagi aku apabila mendengarnya.

image

image

Ok lah, itu sahajalah pilihan aku sepanjang sebulan ini. Tersepit dengan kesibukkan tempat kerja mungkin dengan ini cara untuk aku melepaskan tekanan aku. Maaf juga sekiranya ia amat membosankan bagi yang membaca. Jika ada kelapangan maka akan adalah entri-entri yang lebih baru nanti. Sekian.

Advertisements
skematik dirundum sepi

12 thoughts on “skematik dirundum sepi

  1. darsil says:

    aku pun terfikir nak beli lp langsuyr tu, hehe.. aku ada beli kaset baru2 ni sepultura chaos a.d hehe nanti aku ceta kat blog aku haha

    Like

  2. dalam 4 yang ko share ni…aku cuma pernah dengar dan ada satu ajer…Morbid Visions…tapi lama betul dah tak dengar…teringin juga nak cuba Rage Against The Machine…nantilah…suata masa nanti…

    Troops Of Doom!

    Like

  3. Sama mcm berteromber.yg penah dengar cuma morbid visions je.sepultura sampai album roots je aku follow lepas max keluar mmg aku tak follow dah..

    Cover belakang dia teringat aku band2 metal dulu2 kalo nak begambo mesti kena buat gaya gitu..heheh

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s