bob mat ali

Hari ini panas sangat. Memang terik cuaca berpeloh-peloh. Dengan tekanan bekerja dibawah majikan yang sentiasa mencekik tengkuk aku ini, betul-betul menguji tahap kesabaran aku. Tetapi hendak di lawan pun tidak berbaloi. Nanti aku juga yang terkena balik, maklumlah mereka majikan sedangkan kita ini hanya kuli di bawah mereka. Oleh itu layankan sahajalah.

Seperti biasa rutin harian aku sememangnya pergi kerja dan balik kerja. Cuti pun seminggu sekali je dengan shiftnya. Memang sangat memenatan. Oleh itu bila balik ke rumahlah tempat paling menyenangkan bagi aku. Harini aku balik dari keje penuh dengan tekanan sampai rasa nak meletop sahaja. Masuk ke bilik aku merenung ke arah almari radio aku. Tersusun sedikit koleksi kaset, CD dan piring hitam yang aku susun disitu sambil memikirkan apa yang hendak dipasang bagi menenangkan fikiran yang serabut ini. Aku bangun pergi membelek dan terus mengambil piring hitam BOB MARLEY – THE BEST OF BOB MARLEY AND THE WAILERS sebab aku sudah terpandangkan ianya dulu.

image

image

Macam biasa aku keluarkan piringnya kemudian pasang di vinylplayer aku. Memang seronok. Siapa tak kenal BOB MARLEY kan. Lagunya yang singalong dan mudah diingati memang tepat untuk menceriakan diri aku ini. Mendengar sambil baring di katil membuatkan aku tersenyum sambil juga menyanyi mengikut ritma-ritma lagunya. Memang santai muzik-muzik BOB MARLEY ini walaupun mempunyai lirik-lirik yang memprotes terhadap ketidakadilan dan rasisme itu. Tapi itulah muzik reggae, rentaknya pasti membuatkan semua orang bergoyang mendengarnya tidak kira peringkat umur.

image

image

Piring hitam ini aku beli di pasar karat ipoh. Ternampak seorang penjual yang menjualnya dengan meletakkan ia disebalik barang-barang jualnya. Bila sudah nampak aku pun bertanya dan seperti biasa tawar menawarlah. Aku membeli dengan harga rm50 bagi sebuah piring hitam yang kondisinya sudah ditahap hancur. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku tetap membelinya. Walaubagaimanpun bila dipasang kualiti bunyi masih di tahap yang membanggakan. Sedikit masalah itu biasalah, bende pun sudah memang terpakai. Aku yang degil hendak beli. Cuma masalahnya adalah cover bagi piring ini sahaja yang sudah agak teruk dan merekah. Tapi abaikanlah. Bunyi cantik sudah mencukupi bagi aku. Di dalamnya terselit beberapa info dan biografi BOB MARLEY sepanjang karier muzik di semasa hayatnya.

image

image

Sambil-sambil melayan lagu-lagu di dalamnya, aku mengambil versi kaset bagi album koleksi BOB MARLEY ini yang sama juga. Cuma berlainan versi sahaja. Kaset ini pada asalnya adalah abang aku yang bawak balik dari asrama tempat dia belajar. Aku sendiri tidak tahu milik siapa sebenarnya tetapi terus kekal di bilik aku. Menarik jugak dengan cover atau inlay yang panjang lebar. Tidak banyak beza dengan versi piring hitam tersebut cuma sekadar berlainan format sahaja. Pada aku koleksi album ini yang paling menarik sebab mengumpulkan lagu-lagu yang terbaik dari BOB MARLEY. Pulas volume kuat-kuat pun tidak kena marah sebab mak aku sendiripun suka mendengarnya.

image

image

image

Habis satu side aku tuka ke side lain. Sampai habis selesai mendengar aku simpan kedua-duanya seperti biasa selepas itu baru aku lelapkan mata. Hati suda kembali ceria tanpa memikirkan sangat masalah-masalah yang sentiasa menghimpit. Kata orang kehidupan memang tidak pernah lekang dari masalah oleh itu kita harus tempuh dengan sebaik mungkin dengan minda yang sentiasa positif. Selamat malam kalian. Sekian.

Advertisements
bob mat ali

2 thoughts on “bob mat ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s