pandang ke timur

Hampir dua bulan terbengkalai blog aku ini. Berkepuk lapuk berhabuk terabai tanpa dijenguk. Dibelenggu oleh kesibukkan mencari rezeki siang dan malam sempat juga aku membeli beberapa rilisan yang bukanlah terkini tetapi cukup memuaskan sebagai koleksi aku sendiri.

Ok untuk kali ini aku mahu bercerita tentang rilisan ini. LANGSUYR-THE EASTERN CRUELTY yang diriliskan kembali oleh sebuah label tempatan iaitu Mamat Records kepada format piring hitam. Sangat menarik dengan segala-galanya telah diilustrasikan kembali dengan lebih cantik dan segar seakan-akan sebuah produksi terbaru dari mereka. Lihat sahaja covernya yang ditacap kembali serta inlay dibahagian dalam dan posternya yang menjadis seperti sebuah lukisan tangan. Berbaloi tersenyum lebar aku membelinya.

image

image

image

image

Melihat kepada piringnya pula amatlah menarik. Mungkin kerana ini yang pertama aku miliki berwarna oren. Metal tidak semesti asyik perlu berwarna hitam kan! Bunyi kualitinya juga baik seperti sediakala. Rasa-rasanya suda lengkap koleksi dari kaset ke Cd hinggalah ke.format piring hitam ini aku simpan. Pada aku LANGSUYR sebuah kumpulan yang sentiasa menghasilkan kejutan sejak dari dahulu lagi. Tidak kira dari perubahan arah halatuju hingga ke muzikal serta imej mereka. Siapa sangka mereka boleh masuk tv3 kan.

image

image

image

image

Ok lah, mahu diulas lebih lanjut pun aku rasa rilisan ini ramai sudah membicarakannya sejak dari era 90’an lagi. Oleh itu tunggu keluaran terbaru LANGSUYR(bantaigram) nanti mungkin aku akan mula ulaskan lebih lanjut. Untuk kali ini cukup aku tayangkan gambar-gambarnya sahaja. Sekian.

pandang ke timur

mati pengubat nurani

Sekarang jerebu tengah melanda dengan teruk. Pergi kerja pun panas haba lain macam. Jarak pandangan pun semakin teruk dengan kabus debu semakin memutih. Rasa hendak ambil cuti sakit sahaja duduk rumah tanpa meredah kesemua habuk debu itu. Tetapi apakan daya, tidak kerja tidak adalah duit nanti.

Yang sebenarnya aku bukannya hendak menjadi pengkaji cuaca sebaliknya hendak bercerita(tunjuk gambar sahaja) tentang format rilisan yang aku ada. Ianya dari sebuah kumpulan yang lengkap dan prolifik(bagi aku lah). Sebut sahaja nama vokalis merangkap guitaris dan nama kumpulannya pasti penggemar muzik ekstrum metal mengenali nya. Ianya ialah sebuah kumpulan elit yang berasal daripada Florida iaitu DEATH. Pasti ramai sudah lebih arif berbanding aku ini. Jika ada yang tidak tahu tapi claim diri anda sebagai metalhead lebih baik pergi terjun lombong.

DEATH dan Chuck Schuldiner adalah pelengkap bagi sejarah death metal dunia. Nama Chuck Schuldiner sendiri adalah nama penting bagi kewujudan dan kesuksesan kumpulan DEATH itu sendiri. Dengar sahaja nama mereka sudah terbayang akan dearh metal yang kompleks, solo berbelit-belit, segala instrumen bertempo-tempo dan jerit Chuck yang tersendiri itu. Ini bukan death metal hanya kisahkan headbanging sebaliknya lebih mempersembahkan kehebatan  Chuck dan anggotanya mengendalikan instrumen masing-masing.

Hendak dikatakan peminat tegar jauh sekali namun aku sempat juga membeli dua produk rilidan dari DEATH iaitu Leprosy dan Spritual Healing. Mungkin juga kerana lagu Pull The Plug mahupun lukisan cover albumnya menarik minat aku untuk meminat muzik DEATH itu. Sudah lengkap rilisan DEATH aku miliki tetapi hanya dua sahaja aku sempat kumpul dengan format jenis format iaitu piring hitam dan kaset. Faham-faham jelah faktor harga yang melambung bagi kebanyakkan rilisan DEATH ini.

Pertamanya ialah DEATH – SPIRITUAL HEALING. Kasetnya diriliskan oleh label Century Media Records manakala bagi piring hitam pula adalah hasil re-released semula oleh label Relapse Records. Dengan cover lukisan yang menggambarkan seperti sedang merawat pesakit yang terkena rasukan ini kelihatan agakanya lawak bagi aku. Semasa aku sekolah dahulu aku sendiri tergelak melihat covernya tetapi oleh kerana nama DEATH itu menjadi perbualan kebanyakkan rakan masa itu aku pun membeli untuk mencuba. Dari percubaan aku itulah mendatangkan minat aku yang teramat kepada mereka.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kedua pula, adalah DEATH -LEPROSY. Diriliskan pada tahun 1998 masa itu aku masih di darjah lima sekolah. Album ini lebih sedap dengan sudah semestinya dengan lagu-lagu seperti Pull The Plug, Leprosy dan banyak lagi. Cover yang bersesuaian dengan judul albumnya mengilustrasikan seorang lelaki yang dijangkiti penyakit(kusta mungkin). Trademark DEATH melalui logo serta lukisan-lukisan albumnya memudakan kita untuk mengenalinya. Kasetnya juga diriliskan oleh Century Media Records manakala format piring hitam pula dari Relapse Records. Satu ayat mampu aku ungkapkan iaitu segala-segalanya sedap dan menyeronokkan di dalamnya.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Hendak bercerita lebih pun tidak reti oleh itu sekadar berkongsi sedikit koleksi dan format yang sempat aku miliki dan beli sepanjang proses aku membesar untuk mengenali segala mengenai dunia ini. Sebabnya mereka terlalu lengkap bagi sebuah unit muzik yang pernah bergerak aktif suatu masa dahulu. Sekian.

mati pengubat nurani

kejatuhan bakal bangkit

Kejatuhan dan permasalahan ekonomi di negara Greece telah membuka mata warga dunia baru-baru ini. Seluruh dunia termasuklah aku sendiri yang tetiba belagak pandai kononnya bijak pandai mahu bercerita tentang ekonomi Greece padahal ekonomi diri sendiri pun tunggang-langgang. Pengetahuan aku tentang negara Greece memang cetek apatah lagi tentang kumpulan metal yang bergerak aktif di sana. Jikalau mahu menyebut tentang kumpulan berpaksikan muzik ekstrim disana aku hanya mengetahui Necromantia, Rotting Christ dan Varathorn sahaja. Tidak banyak yang aku tahu sebabnya kurang menyelongkar ke arah negara tersebut.

Tetapi pengenalan aku terhadap media sosial yang bernama Youtube ini banyak membantu aku dalam mencari segala benda yang menarik sebelum memulakan sebarang pembelian. Dari situ aku mula mengenali nama DEAD CONGREGATION. Pada awal aku sangkakan ianya sebuah kumpulan bermuzikkan seperti crustpunk/dbeat kerana melihat logo mereka yang hampir sama seperti kebanyakkan kumpulan-kumpulan sebegitu namun ia disangkal apabila aku mula mendengar lagu-lagu DEAD CONGREGATION itu.

Bermula dari situ aku mula mengintai-mengintai distro tempatan yang ada menjual rilisan mereka. Mungkin sudah agak terlambat mengenali mereka sebabnya rilisan yang aku beli ini sudahpun rilisan ketiga dari mereka. Akhirnya DEAD CONGREGATION РPROMULGATION OF THE FALL aku beli dalam format piring hitam berharga rm90 melalui sebuah distro tempatan.  Muzik death metal yang berbau old school(seperti era awal 90an) dan mengambil feels dari rentak black death yang kian menjadi trend masa kini menjadi perjuangan mereka. Walaubagaimana mereka kedengaran lebih segar dari kumpulan-kumpulan yang sealiran seperti mereka. Mendengar DEAD CONGREGATION membuatkan aku teringat kepada Morbid Angel dan Necrotic Chaos tetapi dalam versi lebih laju, brutal dan gelap.

image

image

Melihat kepada rilisan mereka yang sebelumnya mungkin DEAD CONGREGATION menggunakan khidmat orang yang sama bagi mengilustrasikan gambar cover mereka. Lukisan yang agak gelap dan outstanding dari sudut pandangan aku tetapi colourful. Aku lihat di belakang covernya terdapat logo Matyrdoom yang meriliskannya. Mungkin juga Ajna Offensive dan Norma Evangelium Diaboli, label yang sememangnya gah dengan rilisan kumpulan sebegini.

image

image

Piring hitam yang aku beli ini menariknya bagi aku adalah melalui lagu-lagunya yang kurang meleret-leret sebaliknya ia dihujani dengan growling vokalis serta hentakkan padu dari drummernya. Piringnya hanya hitam dan simple dan juga bahagian dalamnya yang hanya memuatkan lirik lagu bersama-sama wishlist dan info mereka. Aku juga ingin membeli dua lagi rilisan dari mereka, mungkin selepas gaji bulan ini hajat tersebut akan terlaksana agaknya. Pengenalan aku kepada DEAD CONGREGATION juga telah menemukan aku kepada beberapa kumpulan seperti Teitanblood, Grave Miasma dan Cruciamentum. Mempunya arah muzikal yang hampir mirip nama-nama yang disebut tadi.

image

image

Pengaruh old school death metal masa kini kian merebak dan mencetus trend bagi penggemar sehinggakan ke negara Malaysia turut dilanda ledakannya. Kejatuhan stail dan gaya muzik old school ini suatu ketika kini telah berjaya bangkit kembali. Namun bukan semuanya berjaya menembusi kerana kebanyakkannya tenggelam ditelan beberapa kumpulan lain oleh kerana kesamaan muzik yang hampir susah untuk dibezakan. Sekian.

kejatuhan bakal bangkit

raja segala raja

Hari cuti adalah hari yang paling menyeronokkan bagi aku untuk terperap di rumah. Almaklumlah waktu bekerja aku yang sentiasa membuat aku tidak cukup rehat dan tido. Memang bukan tabiat aku hendak merayap tanpa hala tuju kecuali jika mahu ataupun mempunyai tujuan sahaja baru aku keluar. Jika tidak lebih sahaja aku terperap di rumah yang penting tidak menganggu sesiapa.

Apabila terperap di rumah aku mudah untuk bersenang-lenang dengan muzik kegemaran aku. Salah satu sebabnya ialah penerimaan keluarga aku terhadap selera muzik aku yang suatu ketika dulu dipandang serong oleh sesetengahnya. Paling sedih bila kaset kumpulan kegemaran aku dibakar dan ianya amatlah sukar untuk di cari kembali pada masa sekarang. Tetapi tahniah kepada Gempita Records kerana berjaya meriliskan kembali format kaset tersebut kepada bentuk piring hitam.

Kumpulan yang aku sebutkan itu ialah ATHOTORGH. Jangan kata anda peminat muzik ekstrim tempatan jika tidak pernah mengetahui siapa itu ATHOTORGH. Kumpulan yang berpaksikan muzik Thrash Metal atau mungkin juga Heavy Metal ini telah bergerak aktif disekitar awal 90an lagi ini tetap kekal dengan cara mereka. Mungkin ini pujian melambung tetapi ATHOTORGH sememangnya king of thrash di Malaysia. Mungkin ramai yang menafikan malah mengatakan yang Cromok(dipenuhi solo yang meleret-leret dan membosankan) adalah lebih baik tetapi tidak bagi aku. Mereka hanya sebuah kumpulan rock yang bajet rockstar di pentas. Paling lawak bila ada yang menyebut Xpdc sebagai king of thrash di Malaysia. Melingkuplah semua jikalau begitu. Mungkin jad begitu sebabnya kedua kumpulan ini(Cromok dan Xpdc) menjadi kegemaran mat-mat rempit di Malaysia ini.

image

image

Berbalik kepada rilisan piring hitam ATHOTORGH – PROMASTER DIEYANA ini. Aku rasa Gempita Records memang tepat dalam memilih rilisan untuk di riliskan kembali. Bagi peminat muzik ekstrim ataupun underground di Malaysia nama mereka bukan asing aku rasa. Menjadi siulan rentak muzik ATHOTORGH semasa di sekolah antara kami rakan-rakan sememangnya perkara biasa di waktu itu. lagu seperti Promaster Dieyana dan Beyond The Serpent Scream berjaya menarik halwa telinga terutamanya aku sendiri untuk bergoyang mengikut rentaknya. Simple, straight to the point dan laju menjadi mainan bagi ATHOTORGH sebagai pilihan mereka.

image

image

Suara vokalisnya yang seakan-akan vokalis kumpulan Venom, ketukan drum seakan dari Pete Sandoval itu merancakkan lagi ATHOTORGH. Piring hitam ini hadir dalam edisi terhad tidak silap aku iaitu 250 unit sahaja. Tiada perubahan sangat berbanding format kaset mereka sebelum ini dengan warna dan paparan gamba di covernya yang sama. Cuma disertakan juga di dalamnya beberapa benda seperti poster dan booklet. Booklet tersebut memuatkan sedikit interview mereka bersama fanzine, koleksi gambar ATHOTORGH, biografi, senarai discografi dan bermacam lagi turut dimuatkan.

image

image

Pilihan warna merah sememangnya tepat dan sesuai dengan kegarangan muzik ATHOTORGH itu. Warna yang sama semenjak dari format kaset mereka diteruskan ke format ini. Di dalam piring hitam ini juga terdapat sebuah lagu baru yang bertajukkan dalam bahasa German(einch faikel) sebagai sebuah bonus track. Ternyata feels mereka masih sama dan aku sendiri masih berharap mereka akan meriliskan sesuatu yang baru lagi walaupun ianya mungkin hanya tinggal harapan kerana ada ahli kumpulannya yang kini suda menetap di luar negara.

image

image

Dalam 2/3 tahun ini juga telah melihatkan ATHOTORGH kembali terlibat dan mengadakan beberapa siri gig reunion mereka di Publika Solaris, Kuala Lumpur dan Kepura Cave, Ipoh yang mana ianya berjaya menarik kehadiran yang ramai. Ini membuktikan muzik mereka masih didengari serta masih segar walaupun sudah lama. Kesemua lagu-lagu yang pada aku mudah melekat menyebabkan ia masih menjadi perbualan sehingga kini. Setiap lagu mempunyai jiwa dan kelainan yang mampu mengingati setiap bait-bait lagunya sehingga sukar untuk menyatakan yang mana tidak enjoyable.

Masa kini Malaysia di kerumuni dengan kepelbagaian kumpulan thrash dan heavy yang lebih giat antaranya LOBOTOMY, VAULT(sekadar menyebut beberapa kumpulan) dan sebagainya namun legasi dan impak yang ditinggalkan oleh ATHOTORGH amat sukar untuk ditandingi. Mereka tetap dengan cara mereka dan raja segala raja thrash di Malaysia. Sekian.

raja segala raja

membatu dan elektrik membinasakan

Setibanya ke rumah semalam aku diberi oleh emak nota tinggalan dari pihak pos laju meminta aku ke pejabat pos untuk mengambil barang aku. Sebabnya kerana semasa mereka hantar tiada sesiapa dirumah. Dengan pantas aku start enjin motor terus pecut ke pejabat laju. Mengejar masa yang sudah hampir ke waktu tutup operasi mereka aku sampai dalam lebih kurang 15 minit sebegitu. Masuk ke dalam dengan muka keterujaan untuk berakhir dengan kehampaan apabila pekerja dikaunter tersebut cakap lori mereka belom pulang lagi dan waktu operasi sudah hampir habis. Pasti aku tidak sempat mengambilnya hariini.

Paling malas bila perlu ke pejabat pos laju sampai dua kali semata-mata mahu mengambil barang yang di order atau beli. Hendak atau tidak terpaksa juga tunggu esok hari. Esok pagi-pagi sebelum ke tempat kerja aku berkejar ke pejabat pos laju dulu. Nasib baik tidak ada masalah kali ini. Dapat barang yang dibeli aku bawak sahaja terus ke tempat kerja. Simpan dulu dalam bonet. Setelah balik kerumah aku pun terus bawak keluar dan bukak. Ini dia penangan dua kali kepejabat pos ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE. Dengan cover yang sudah sedikit berlekuk mengerutkan dahi aku melihatnya. Tidak tahu hendak salahkan siapa. Tidak apa lah, abaikan sahaja asalkan ia tidak hancur cukup. Hendak salahkan orang pos laju pun tidak boleh kerana mereka sudah tolong hantar pun aku sudah bersyukur.

image

image

Sebab dan musabab aku membeli piring hitam ELECTRIC WIZARDS ini kerana tetiba menjadi kemaruk menonton video live mereka di laman youtube. Menarik pulak dengar lagu-lagu mereka. Pelahan, berat, gelap dan membingungkan kadang kadang. Itu pandangan aku tentang musik meraka. Berimejkan seperti anda sedang melihat kumpulan Black Sabbath tetapi dengan imej yang lebih gelap. Itu yang aku nampak disini.

image

image

image

Sebuah package yang agak menarik sebenarnya. Didatangkan dengan dua piring hitam oleh kerana lagu-lagunya yang panjang lebar pasti tidak mencukupi untuk dimuatkan dalam satu piring sahaja. Bahagian dalamnya paling menarik perhatian aku. Permandangan lanskap hutan banat yang terselit satu jaket berpatcheskan nama logo ELECTRIC WIZARS sendiri menjadi tanda tanya. Beserta poster yang besar aku sendiri tidak berani hendak tampal sebab pasti emak aku akan koyakkan dan bakar. Poster yang menggambarkan ahli kumpulannya di dalam lukisan seperti keranda dengan warna agak terang menjadikannya menarik.

image

image

Memutarkan piringnya kadang kala membuatkan aku terlelap disebabkan ianya terlalu panjang dan meleret-leret. Tetapi dengan produksi yang agak raw dan kasar menenggelamkan muzik stoner doom mereka sebaliknya berbunyi seperti sebuah kumpulan doom metal black dan seangkattan dengannya. Entahlah, bedal sahajalah. Pengetahuan aku pun masih di tahap rendah. Sahaja suka belagak pandai padahal tak pandai-pandai. Menulis pun pasti ada yang tertidur membacanya.

Diriliskan oleh Spinefarm Records dan Witch Finder Records dan piring hitam ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE ini memang berat. Pertama kali pegang aritu agak terkejut. Kalau ditimbang agaknya berapa kilo dapat?. Pakej yang padat dan sarat mungkin sebab itu menjadi berat. Aku suka dan ia makin nampak menarik dan berbaloi aku membelinya. Tidak rugi mencubakan. Sekian.

membatu dan elektrik membinasakan