bangkai itik

Dulu semasa di zaman persekolahan kawan selalu sangat bercerita tentang kehebatan dan keseronokan dia mendengar kaset CARCASS yang dibelinya. Aku juga yang terpinga-pinga masa itu. Sebabnya aku tidak begitu menggemari corak permainan CARCASS pada masa itu. Mungkin juga kerana aku agak sukar menghadam muzik goregrind yang dibawakan oleh mereka pada masa itu membuatkan aku tidak begitu memfokus kearah mereka.

Namun kelahiran album CARCASS – SWANSONG ini membuatkan aku mula mengambil perhatian terhadap mereka. Aku rasakan yang ini sudah lain. Bukanlah album yang terbaru namun ia satu-satunya album CARCASS yang aku beli dan miliki. Aku membelinya semasa masih berada di kolej di Melaka dahulu. Ia berlainan, tidak kompleks tidak gore seperti rilisan mereka yang terawal. Ini lebih kepada rock and roll yang agak berat dan laju, grindrock mungkin.

image

image

Mendengar Swansong mengingatkan aku kepada stail muzik yang dibawakan oleh Mastodon dan Baroness pada masa sekarang ini. Mungkin aku salah tetapi itu yang mampu aku tafsirkan. Ianya menarik serta lebih eksperimentasi. Ini membuka mata aku untuk lebih mengambil perhatian terhadap rilisan mereka yang seterusnya. Namun album terbarunya kembali merundumkan minat aku terhadap CARCASS. Sudah hilang bisa mereka sebaliknya hanya meneruskankan apa-apa yang telah mereka lakukan seperti sebelum ini tanpa sebarang perubahan. Yang jelas peningkatan mereka adalah statement-statement status mereka di facebook yang kian menjelikkan aku. Terima kasih youtube sebab menjadi tempat untuk aku mencuba dengar dahulu sebelum membeli sebarang rilisan pada masa sekarang. Berbanding dahulu jikalau salah beli dan tidak best memang meranalah duit membazir.

image

image

Cover album Swansong menarik sebab agak berkaler. Warna merah atau pink mungkin sedikit menandakan tentang perubahan mereka di dalamnya. Ramai yang tidak menggemari tetapi bagi aku ini rilisan CARCASS yang terbaik. Oleh kerana sudah lama tidak berpasang disebabkan radio kaset yang telah rosak ianya terbiarkan untuk beberapa tahun di celah-celah almari aku. Diriliskan oleh Valentine Sound Productions rasanya sudah familiar bagi penggemar muzik sebegini tentang label ini.

image

Mencari-mencari juga bagi format piring hitam namun masih belum ketemu dengan harga-harga yang mampu milik. Almaklumlah, bila sudah ada nama harga pasti melambungkan. Baru-baru ini juga aku ada membeli sebuah kaset walkman berjenama Pensonic. Tetapi masih belum sempat untuk mendengarnya kembali oleh kerana faktor pekerjaan yang kian menggila sekarang ini. Sekian.

bangkai itik

6 thoughts on “bangkai itik

Leave a comment