dari sebuah keasyikkan

Salah satu perangai atau sifat buruk aku ialah mudah dan cepat bosan dengan sesuatu. Sebab itu aku tidak pernah kekal dengan sesuatu itu dengan tempoh yang lama seperti juga menulis ini. Tetiba rajin hendak menulis dulu dan tetiba juga kemalasan ini muncul kembali. Semakin keliru dan buntu mengenai perkara yang hendak di tulis.

Hidup yang semakin dicengkami majikan yang menggila kadang-kadang membuatkan aku sendiri tidak punya masa untuk berhibur. Bahkan untuk membeli sebarang rilisan yang terbaru. Mungkin ini alasan untuk aku berhenti membeli agaknya. Oleh itu entri-entri aku hanya berdasarkan dari koleksi-koleksi yang sedia ada di bilik aku. Sebab yang baru memang aku sudah tidak membeli sangat.

Untuk entri yang seterusnya mood serta idea juga semakin terhad. Namun kedegilan sentiasa mengelilingi aku untuk menulis. Setiap entri mempunyai rilisan yang disertakan dalam penceritaan kerana ianya mempunyai kisah disebaliknya. Nama BRAINDEAD bukanlah nama yang asing dalam rencah muzik keras di Malaysia. Jikalau anda hanya mengenali kumpulan Xpdc adalah lebih baik jangan meneruskan membaca sebabnya ini pasti membosankan anda. Antara pelopor yang masih berdiri teguh walaupun sudah pun menjangkau separuh umur mereka. Jujur aku katakan yang aku hanya pernah melihat persembahan live mereka hanya sekali sahaja iaitu gig Blast From The Past di Publika Solaris yang lalu. Memang masih mantap seperti sediakala.

image

image

Pernah memiliki kaset BRAINDEAD – FROM THE ESCTACY yang dikeluarkan oleh Nebuila Productions dahulu tapi hilang ditelan rakan-rakan sekolah dahulu. Namun apabila mendengar sebuah label tempatan iaitu Thrashingfist Productions akan meriliskan semula ke format CD sememangnya dinanti-nanti oleh aku kerana dapatlah menggantikan kaset yang hilang dahulu itu. CD ini aku beli dalam tahun ini juga. Sebuah pakej yang baik dari setiap segi bagi pendapat aku. Cuma lebih menarik sekiranya cover tersebut dikalerkan agar nampak lebih menyerlah. Tetapi isi didalamnya lebih menarik dengan terisi gambar-gambar di awal penubuhan serta persembahan live mereka dahulu. Termuat juga temubual ringkas dan juga keratan review dari sebuah fanzine dari luar negara mengenai rilisan BRAINDEAD – FROM THE ECSTACY ini.

image

image

Sekiranya meminati ciri-ciri muzikal yang kearah Sepultura dan Sarcofago di awal-awal kemunculan mereka ini adalah jawapan kepada nya. Bagi aku rilisan ini memang sangat enjoyable. Tidak tahu pula macam mana dengan orang lain. Dari rentaknya hingga ke nyanyiannya mudah membuatkan kita menghangguk-hangguk kepala melayan sepanjang lagu-lagu mereka. Rilisan From The Ecstacy ini juga pernah diriliskan ke format piring hitam bersama-sama demo live mereka oleh sebuah label dari Amerika iaitu Nuclear War Now Productions. Nasib baik aku sempat membeli kedua-dua format rilisan tersebut. Mungkin aku akan tunjuk di entri yang akan datang pula.

image

image

Label Thrashingfist Productions bukanlah baru meriliskan album ini sebaliknya ini adalah kali kedua mereka meriliskannya semula. Oleh itu bayangkan permintaan terhadap album ini sampaikan beberapa buah kumpulan dari luar negara turut mengidolakan mereka. Antara kumpulan tersebut ialah Pathogen. Kumpulan oldschool death metal dari Filipina yang turut membawa lagu BRAINDEAD di dalam rilisan kumpulan mereka yang mana jika didengar setiap lagu di dalam rilisan mereka sememangnya punya iras-iras BRAINDEAD.

image

Pada aku mendengar muzik mereka tidak pernah menjemukan. Dikala aku kerunsingan pasti lagu-lagu mereka pembuka mood aku. Muzik mereka masih lagi berjaya menarik minat aku walaupun kini Malaysia sudah dilambakkan dengan pelbagai kumpulan muzik keras tetapi kebanyakkannya hanya membuatkan aku menguap. BRAINDEAD sentiasa menjadi penyelamat apabila minat aku terhadap muzik metal semakin berkurang sebabnya ianya benar-benar berkualiti. Sekian.

dari sebuah keasyikkan

6 thoughts on “dari sebuah keasyikkan

  1. Salam Bro,
    Dengar cerita salah seorang anggota asal telah meninggal dunia kan? Kalau tak silap aku lah… Dan aku masih cari satu lagu berbahasa melayu mereka, tapi tak jumpa hahaha…

    Like

Leave a comment