taman harum mewangi

Ok entri pertama. Sebenarnya tidak tahu hendak bercerita apa. Daripada kebosanan tidak tentu hala lebih baik aku merepek, merapu, meraban dekat sini. Dalam otak ini sentiasa bercerita dan bergerak setiap masa tetapi susah sangat hendak diterjemahkan ke bentuk tulisan. Tapi tangan gatal rasa hendak menulis juga. Sahaja hendak bagi sesiapa yang baca entri ini makin bertambah bosan nanti.

Untuk entri pertama ini aku nak bercerita tentang bende yang aku beli masa di bangku sekolah dulu. Tak silap aku masa di tingkatan 1 tahun 2000 rasanya. Berbeza dengan zaman sekarang, dulu tidak ada mp3 atau download. CD pun sesangatlah mahal bagi seorang budak sekolah macam aku dulu. Oleh itu kalau hendak dengar tu terpaksa la kena beli kaset tidak kiralah kaset original atau kaset pasar malam(cetak rompak). Ikut kemampuan masa itu.

Kaset pertama yang aku beli ialah kaset THE PILGRIMS – PERFUME GARDEN. Sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku boleh beli kaset ni. Terus terang cakap aku sendiri pun tidak tahu apa muzik mereka dan siapa mereka pada masa itu. Sebab aku beli ialah masa itu nama dan gamba mereka selalu sangat jadi cover majalah, cerita dalam majalah dan bualan rakan-rakan sebaya dengan aku pada masa itu.

20150826_171451

Seingat aku beli kaset itu masa aku baru lepas balik dari sekolah. Sahaja pusing-pusing stesen bas Medan Kidd Ipoh sebab sekolah aku memang bersebelahan dengan stesen bas itu dan ternampak ada satu kedai kaset(sekarang jadi kedai buku) kecik yang dijaga oleh seorang auntie india. Aku pun sahaja masuk belek-belek tengok ape yang ada di dalam kedai itu. Kebanyakkan yang aku nampak hanya kaset-kaset rock dan metal sahaja yang ada tapi ada satu kaset warna kuning kat situ. Aku ambil dan tengok ade logo THE PILGRIMS. Tanpa pikir panjang aku pun terus beli sebab duit poket pun ada. Memang simpan untuk beli kaset pun.

20150826_171608

Balik rumah aku terus pasang kaset sambil mak aku pun pelik kenapa aku kelam kabut masuk bilik. Itulah kali pertama aku beli kaset sendiri, pakai duit sendiri simpanan dari belanja sekolah(duit mak ayah juga) yang aku gunakan. Memang teruja sangat almaklumlah pada masa itu 11ringgit untuk kaset original pun dah sangat mahal rasanya. Bila aku pasang dengar sahaja muzik THE PILGRIMS terus aku terdiam dan terpinga-pinga sambil aku fikir “oh cenggini rupanye punkrock!”. Memang teruja sangat. Muzik dalam perfume garden ini memang fun, catchy, dan dalam masa yang sama ianya rebel. Tidak henti-henti hampir setiap hari aku pasang kaset itu. Maklumlah masa itu tiada youtube, internet pun tidak maju macam sekarang untuk dengar dan buat research. Hanya harap pada kaset-kaset begini sahaja bagi budak-budak yang baru hendak membesar seperti aku masa itu.

20150826_171717

20150826_171651

Paling menarik ialah cover dan inlay kaset  THE PILGRIMS – PERFUME GARDEN ini. Aku paling suke tulisan-tulisan tangan wishlist mereka dan gamba-gamba lukisan dari mereka itu. Bagi aku memang sudah cukup cool sangat lah pada masa itu. Habis satu sekolah aku canangkan tentang kaset itu sampai rakan-rakan aku pun pasti bosan mendengar. Hampir hilang pun ada sebab  bawak pergi sekolah trade-in dengan rakan ada yang hendak buat harta pulak.

20150826_171728

Kaset yang aku beli ini bukannya versi asal. Tapi yang telah diremastered. Versi asal dari Sonic Asylum records jika tidak silap rasanya. Rasanya masa itu pun dah abis versi asal itu. Dari situlah aku dapat tahu siapa itu THE PILGRIMS, apa itu punkrock(punkrock ke?..), underground dan macam-macam lagilah. Pada aku Perfume Garden adalah album terbaik mereka berbanding dengan album-album mereka selepas itu.Bermula dari situ bermacam lagi kaset yang aku beli tidak kira ape muzik pun sampailah masa tingkatan 3 semua kaset-kaset aku dibakar oleh mak sebab risaukan aku terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Sebabnya masa itu Malaysia dikejutkan dengan kononnya gejala sesat Black Metal yang digembar-gemburkan oleh media-media di Malaysia. Habis semua kaset-kaset aku kena bakar. Mungkin kalau aku di tempat mak aku pun akan berbuat perkara yang sama. Mana ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka terjebak dengan perkara sebegitukan.

20150826_171738

Yang menariknya, kaset THE PILGRIMS ini masa itu ada dengan rakan aku tengah pinjam. Oleh itu selamatlah dari dibakar. Sampai sekarang aku masih simpan sebab banyak kenangan bila teringat tentang kaseit ini. Teringat zaman membesar dulu. Teringat rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dulu. Semua hilang minat dan berubah disebabkan kes-kes kebodohan gejala tersebut. Ok lah, cukup dulu aku merapu pasti membosankan sesiapa yang membaca. Sahaja hendak bercerita oleh kerana kedegilan hendak menulis ini. Sekian.

Advertisements
taman harum mewangi

6 thoughts on “taman harum mewangi

  1. no worries bro, ke ni pompuan? sbb xde pengenalan diri disini., maafla kalo wak tersilap.,

    psl pakai wordpress ni dulu pon wak guna jugak utk blog lama wak, tp lecehla sbb 95 persen kawan2 ramai guna blogspot.com
    anyway, goodluck and happy blogging ;p

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s