sekolah oren

Ingat masa di bangku sekolah dulu. Ade pertandingan menghias kelas masing-masing. Setiap kelas dihias dengan bermacam cara. Ada yang penuh dengan poster-poster sukan,  carta-carta organisasi, gamba-gamba ilmiah dan sebagainya. Tetapi bagi kelas kami memang jauh kelainannya. Sebab apa? Sebab penuh kami tampal dengan poster kumpulan rock dan flyer-flyer gig di sekitar ipoh ini. Yang seronoknya guru kelas kami ini memang jenis rilek. Tidak pernah menghalang cuma yang dipesannya asalkan jangan berunsur lucah sudahlah. Bayangkan poster kumpulan Koffin Kanser kami slumber sahaja tampal dalam kelas dengan terpampang gamba Aru yang berambut dreadlock itu. Tapi akhirnya selepas seminggu terpaksa dibuang sebabnya pengetua kami mengarahkan ianya ditanggalkan.

Kebanyakkan flyers gig ditampal oleh seorang kawan aku ini. Dia memang banyak simpan dan kumpul flyers. Dahulu flyers gig boleh jumpa di tampal-tampal di bustand, tiang-tiang dan dinding bangunan sekitar Ipoh ini. Mungkin di koyak agaknya bawak balik. Kebanyakan senarai kumpulan dalam flyers itu mesti ada nama MUCK. Iya MUCK! senang cerita orang lama bagi scene indierock/lo-fi di Ipoh ini.

Yang menariknya tentang MUCK ini ialah mereka tetap dengan cara underrated mereka. Walaupun mereka boleh ekspose keluar sebabnya nama MUCK itu sendiri sudah kukuh dan familiar tetapi mereka tetap dengan cara lowprofile mereka dan tidak menjadi hipster seperti kebanyakan kumpulan ataupun penggemar muzik sebegini. Indierock/lo-fi yang berteraskan dari SONIC YOUTH dan DINASOUR JR memang melonjakkan sesiapa yang mendengarnya.

Seingat aku semasa sedang cuti semester semasa masih di kolej dahulu aku merayap di sekitar Ipon ini. Singgah sebentar ke kompleks Yik Foong seperti biasa untuk ke kedai Melodi Music Centre untuk sesi mengabiskan duit. Ternampak kaset MUCK – ORANGE SCHOOL ini ada dijual. Tidak perlu fikir panjang aku pun ambil dan terus beli. Balik ke rumah aku terus pasang di radio dalam bilik aku. Terduduk mendengar sambil tersenyum. Memang menarik dan seronok. Sambil berkata-kata dalam hati, memang best rupanya.

image

image

Kesemua dihasilkan secara dan oleh mereka sendiri. Diriliskan juga oleh label mereka sendiri iaitu Bodysurf Music yang seakan-akan Subpop juga bila dilihat logonya. Cover yang sangat simple dengan lukisan berimejkan bas sekolah serta diselitkan wajah ahli-ahli MUCK itu sendiri, menggunakan aplikasi fotoshop bersesuaian dengan judul rilisan mereka ini iaitu Orange School. Di dalamnya termuat juga sedikit biografi mereka serta gamba ahli MUCK itu sendiri. Sebuah rilisan yang baik dan simple bagi aku.

image

image

Muzik di dalamnya memang sangat-sangat menarik bagi aku. Ianya betul berjaya menarik semangat hiper remaja aku pada masa itu. Mungkin kekurangan dari segi vokalnya tetapi abaikanlah, mungkin itu sudah trademark mereka untuk orang mengenali MUCK itu. Terkesan sungguh pengaruh SONIC YOUTH yang menebal dalam keseluruhan lagu Orange School ini. Di kukuhkan lagi dengan ketukan drum berbau DINASOUR JR sememangnya mencantikkan lagi struktur lagu-lagu dalamnya. Puas hati, tidak rugi beli, itu pun harap duit pinjaman.

image

Masih berkondisi baik walaupun agak lama tidak dipasang dan didengari. Lega kasetnya tidak berlumut. Pernah hampir-hampir hilang dipinjam kawan tetapi berjaya di ambil kembali. Sampai sekarang aku rasa MUCK masih kekal lowprofile sebegitu. Dengar-dengar cerita juga mereka bakal meriliskan album dalam format piring hitam nanti. Sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Sekian.

Advertisements
sekolah oren

4 thoughts on “sekolah oren

  1. Salam Bro,
    kau tampal gambar kaset buat aku terkedu bro, dah lama dah tak bukak harta karun yg aku simpan, kaset player pun dah jahanam, cd pun harap pc punya, tu pun lama dah x bukak, hahaha.Sapa boleh lupa “A Perfect Sunshine” dan “Orange School”. BodySurf ni se-ingat aku famous dengan kompilasi macam “Kopi Sechewan”… Good to know you are from Ipoh bro, sebab zine yang aku suka dari daerah Tronoh [tak ingat apa nama dah] dan juga “Nathias” zine black metal juga dari Perak. Banyak band bagus dari sini, Enthones Fall band kegemaran aku dari Ipoh metal scene, ada elemen Rotting Christ, BloodyMarry dan juga bank kesukaan ramai Shizuka…Tapi sejak MP3 menggila, kaset, cd etc dah jadi “T-Rex”, sorry to say but its the truth….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s