skematik dirundum sepi

Lama sangat rasanya tidak mengepos apa-apa entri. Hampir sebulan juga rasanya. Almaklumlah baru bertukar ke tempat kerje yang baru oleh itu kenalah berkerja hampir setengah mati bagi menunjukkan aku ini berbaloi diambil oleh syarikat. Sepanjang tempoh ini juga memang tidak ada sebarang rilisan mahupun apa-apa yang aku beli. Hanya sekadar mendengar sahaja segala-gala yang ada dibilik.

Walaupun baru-baru ini juga dengan kehadiran rilisan semula Langsuyr eastern cruelty ke dalam format piring hitam serta kemunculan rilisan terbaru Sil Khannaz iaitu thunder roar membuatkan aku gelisah untuk membelinya. Namun aku tahan niat untuk membeli itu sementara waktu oleh kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Berbalik kepada cerita tadi, menyenglongkar kembali rilisan-rilisan yang pernah dibeli kadang kala menyeronokkan juga. Menemukan beberapa bende yang dibeli tetapi aku sendiri pun sudah jarang mendengarnya. Oleh itu baik juga untuk didengari kembali. Rilisan tersebut ialah dari ISKRA, TOOL OF THE TRADE, RAGE AGAINST THE MACHINE dan SEPULTURA sahaja. Seronok juga dengar kerana ia seakan-akan segar kembali di telinga mungkin kerana sudah lama dibiarkan.

Ok lah, malas nk cerita panjang. Aku tempek sahajalah gambar-gambar dari Cd rilisan kumpulan tersebut. Kalau korang rajin tengok-tengoklah ok. Yang pertama ialah sebuah kumpulan dari Russia(mungkin silap..terlupa) iaitu ISKRA – Bureval yang berteraskan hardcorepunk yang di gabungkan dengan black metal menjadinya metal punk secara mudahnya.

image

image

Laju, pantas, terus ke muka, protes, bingit, melalak sana sini, ini yang ada didalamnya. Simple but great!. Itu pandangan aku. Tidak perlu solo berbelit-belit untuk menjadikannya menarik. Aku suka album Bureval ini. Didalamnya terselit juga lirik bagi setiap lagu mereka dengan booklet yang agak menarik.

image

image

Seterusnya pula adalah rilisan dari kumpulan tempatan kita. Dianggotai oleh individu yang bergerak aktif dalam scene hardcorepunk di Malaysia ini. Ianya adalah TOOLS OF THE TRADE – Defy. Lihat sahaja cover albumnya yang mempunyai warna menarik dan kecantikan lukisan yang menjadi paparan. Berkonsepkan grindcore mereka mengingatkan aku kepada Brutal Truth ataupun Carcass mungkin.

image

image

Seperti juga Iskra tadi, album TOOLS OF THE TRADE juga mempunyai pakej yang menarik dengan rilisan digipak mereka ini. Dari penghasilan bunyi yang kemas sehinggalah ke susunan lagu-lagu mereka. Tidak tahu dikomenkan apa-apa sebabnya ia sememangnya menarik dan tidak rugi untuk dijadikan koleksi.

image

image

Siapa tidak tahu akan mereka ini. Sebut sahaja nama kumpulannya sudah pasti ramai yang lebih arif dan memahami. Album RAGE AGAINST THE MACHINE – Evil Empire satu-satunya album dari mereka yang aku memiliki format kaset dan Cd nya. Album yang lain hanya aku beli kaset-kasetnya.

image

image

Gambaran budak seperti adiwira itu menarik minat aku membelinya. Lontaran vokal Zach De La Rocha sememangnya diboleh dipertikaikan. Gemar sungguh corak nyanyiannya yang penuh amarah itu. Beberapa projek muziknya yang lain juga turut aku ikuti yang mana kebanyakkan hampir serupa penyampaian dan memprotes dia.

image

image

Selepas itu pilihan aku ialah rilisan dari SEPULTURA – Morbid Vision. Album ini adalah versi remastered dan turut disertakan sekali lagu-lagu dari Bestial Devastations. Rilisan terawal sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan penggemar muzik mereka. Aku sendir berhenti mendengar muzik mereka selepas sahaja album Roots Bloody Roots kerana selepas itu kebanyakkannya agak membosankan.

image

image

Didalam covernya terselit sedikit biografi serta beberapa review dan info mengenai sejarah perjalanan muzik mereka di era itu. Tidak tahu untuk diulaskan apa sebabnya ianya sudah cukup menarik dan menyeronokan bagi aku apabila mendengarnya.

image

image

Ok lah, itu sahajalah pilihan aku sepanjang sebulan ini. Tersepit dengan kesibukkan tempat kerja mungkin dengan ini cara untuk aku melepaskan tekanan aku. Maaf juga sekiranya ia amat membosankan bagi yang membaca. Jika ada kelapangan maka akan adalah entri-entri yang lebih baru nanti. Sekian.

Advertisements
skematik dirundum sepi

dari sebuah keasyikkan

Salah satu perangai atau sifat buruk aku ialah mudah dan cepat bosan dengan sesuatu. Sebab itu aku tidak pernah kekal dengan sesuatu itu dengan tempoh yang lama seperti juga menulis ini. Tetiba rajin hendak menulis dulu dan tetiba juga kemalasan ini muncul kembali. Semakin keliru dan buntu mengenai perkara yang hendak di tulis.

Hidup yang semakin dicengkami majikan yang menggila kadang-kadang membuatkan aku sendiri tidak punya masa untuk berhibur. Bahkan untuk membeli sebarang rilisan yang terbaru. Mungkin ini alasan untuk aku berhenti membeli agaknya. Oleh itu entri-entri aku hanya berdasarkan dari koleksi-koleksi yang sedia ada di bilik aku. Sebab yang baru memang aku sudah tidak membeli sangat.

Untuk entri yang seterusnya mood serta idea juga semakin terhad. Namun kedegilan sentiasa mengelilingi aku untuk menulis. Setiap entri mempunyai rilisan yang disertakan dalam penceritaan kerana ianya mempunyai kisah disebaliknya. Nama BRAINDEAD bukanlah nama yang asing dalam rencah muzik keras di Malaysia. Jikalau anda hanya mengenali kumpulan Xpdc adalah lebih baik jangan meneruskan membaca sebabnya ini pasti membosankan anda. Antara pelopor yang masih berdiri teguh walaupun sudah pun menjangkau separuh umur mereka. Jujur aku katakan yang aku hanya pernah melihat persembahan live mereka hanya sekali sahaja iaitu gig Blast From The Past di Publika Solaris yang lalu. Memang masih mantap seperti sediakala.

image

image

Pernah memiliki kaset BRAINDEAD – FROM THE ESCTACY yang dikeluarkan oleh Nebuila Productions dahulu tapi hilang ditelan rakan-rakan sekolah dahulu. Namun apabila mendengar sebuah label tempatan iaitu Thrashingfist Productions akan meriliskan semula ke format CD sememangnya dinanti-nanti oleh aku kerana dapatlah menggantikan kaset yang hilang dahulu itu. CD ini aku beli dalam tahun ini juga. Sebuah pakej yang baik dari setiap segi bagi pendapat aku. Cuma lebih menarik sekiranya cover tersebut dikalerkan agar nampak lebih menyerlah. Tetapi isi didalamnya lebih menarik dengan terisi gambar-gambar di awal penubuhan serta persembahan live mereka dahulu. Termuat juga temubual ringkas dan juga keratan review dari sebuah fanzine dari luar negara mengenai rilisan BRAINDEAD – FROM THE ECSTACY ini.

image

image

Sekiranya meminati ciri-ciri muzikal yang kearah Sepultura dan Sarcofago di awal-awal kemunculan mereka ini adalah jawapan kepada nya. Bagi aku rilisan ini memang sangat enjoyable. Tidak tahu pula macam mana dengan orang lain. Dari rentaknya hingga ke nyanyiannya mudah membuatkan kita menghangguk-hangguk kepala melayan sepanjang lagu-lagu mereka. Rilisan From The Ecstacy ini juga pernah diriliskan ke format piring hitam bersama-sama demo live mereka oleh sebuah label dari Amerika iaitu Nuclear War Now Productions. Nasib baik aku sempat membeli kedua-dua format rilisan tersebut. Mungkin aku akan tunjuk di entri yang akan datang pula.

image

image

Label Thrashingfist Productions bukanlah baru meriliskan album ini sebaliknya ini adalah kali kedua mereka meriliskannya semula. Oleh itu bayangkan permintaan terhadap album ini sampaikan beberapa buah kumpulan dari luar negara turut mengidolakan mereka. Antara kumpulan tersebut ialah Pathogen. Kumpulan oldschool death metal dari Filipina yang turut membawa lagu BRAINDEAD di dalam rilisan kumpulan mereka yang mana jika didengar setiap lagu di dalam rilisan mereka sememangnya punya iras-iras BRAINDEAD.

image

Pada aku mendengar muzik mereka tidak pernah menjemukan. Dikala aku kerunsingan pasti lagu-lagu mereka pembuka mood aku. Muzik mereka masih lagi berjaya menarik minat aku walaupun kini Malaysia sudah dilambakkan dengan pelbagai kumpulan muzik keras tetapi kebanyakkannya hanya membuatkan aku menguap. BRAINDEAD sentiasa menjadi penyelamat apabila minat aku terhadap muzik metal semakin berkurang sebabnya ianya benar-benar berkualiti. Sekian.

dari sebuah keasyikkan