panas hati dan liga Malaysia

Siapa yang tidak panas, tidak bengang jika kita sudah menulis panjang lebar, bila diupload tetiba fail dan cancel. Entri terus padam tanpa auto saved. Tidak ke rasa hendak mencarut sahaja ini. Samada masalah dari line streamyx aku ataupun dari wordpress sendiri aku tidak tahu. Entri yang sepatutnya aku bercerita tentang 3 rilisan split sekaligus lenyap berserta 13 gambar begitu sahaja. Dengan theme yang tidak menjadi paparan seperti sepatutnya semua membuat aku panas hati. Sampaikan senarai recent post aku pun jadi hide dalam sidebar tidak tentu pasal. Kepada yang mahu membaca entri-entri yang lepas(jika berminat) silalah klik ke side bar tersebut.

Jalan penyejuk ataupun untuk memujuk hati yang sedang panas ini aku menulis dan terus menulis lagi bagi meredakan hati ini. Sambil menulis aku carilah bende sampingan iaitu semestinya muzik untuk meringankan kerunsingan ini. Pilihan aku terus kepada kaset kompilasi ini. Oi! ITS A MALAYSIAN LEAGUE sebuah kompilasi yang mengumpulkan nama-nama besar bagi peminat muzik street rock / oi di Malaysia. Menampilkan ACAB, THE OFFICIAL, ROOTS & BOOTS, THE BLADES, SATURDAY HEROES dan THE RUDEBOYS rasanya sudah cukup menguatkan album kompilasi ini menjadi pilihan bagi penggemarnya.

image

image

Aku dapat kaset ini semasa di sekolah dahulu. Hasil dari meminjam dari rakan sekolah semasa di tingkatan 2 dahulu kemudian terus menjadi harta aku sebabnya rakan aku itu pun sudah tidak berjumpa lagi. Bercerita tentang kompilasi ini memang sedap dari awal hingga akhir. Walaupun lambakkan kompilasi sebegini di Malaysia namun aku rasakan ini yang terbaik kerana lihat sahaja dari pilihan lagu, band hingga penghasilan covernya yang sangat menarik. Tahniah Strange Culture Records kerana meriliskan kompilasi ini pada tahun 1999 dahulu.

image

image

image

Didalamnya termuat sedikit nukilan mengenai sejarah pergerakkan skinhead di Malaysia, lirik lagu, gambar kumpulan yang terlibat dan sebagainya. Menariknya ia memuatkan keseluruhan nama kumpulan yang menjadi pelopor muzik dan pergerakkan tersebut dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Aku ping menggemari rekaan gambar dan warna covernya. Aku kira mungkin penggunaan photoshop berjaya menghasilkan serta mengubah wajah setiap ahli kumpulan yang terlibat ke dalam gambar skuad bolasepak Malaysia mungkin. Bersesuian dengan tajuk kompilasinya ia menyerupai sebuah liga bolasepak. Mungkin agak lawak namun ianya kreatif dengan elemen cut & paste. Permainan warna yang terang menjadi peranan menarik perhatian aku. Lengkap dari setiap sudut bagi aku.

image

image

Mendengar lagu-lagu di dalamnya sememangnya membuatka kita berjaya mengikut rentak dan bait-bait lirik. Ianya simple dan singalong. Mendengar dan melihat kembali kaset ini membuat aku teringat pula kepada rakan aku tersebut. Antara pembekal kaset-kaset punk dan oi semasa di sekolah dulu. Dia paling rajin beli kaset sebegini oleh itu kami ini pun tumpang meminjam sahajalah. Trade in kaset, sorok merata-rata elak dirampas pengawas adalah perkara biasa bagi kami dahulu. Those were the days. Sekian.

Advertisements
panas hati dan liga Malaysia