pecahan berasingan

Apabila memikir tentang mahu membeli rilisan ataupun album-album baru yang menarik sentiasa membuat aku termenung. Memikirkan kumpulan apakah yang berbaloi aku beli rilisan mereka. Mungkin juga kerana faktor selera aku yang tidak menentu dan terhad itu juga membuatkan aku keliru dan serba-salah untuk membeli tanpa merisaukan kerugian. Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian aku, kalau ada pun mungkin dari Humiliatian, Lavatory, dan beberapa lagi. Tetapi sampai bila mahu mendengar bende yang sama?. Keliru, bingung, terdiam.

Langkah terbaik(pandangan aku) aku pilih sahaja rilisan split. Senang cerita, dua kumpulan dalam satu kaset. Namun aku tidak membeli yang baru sebaliknya selongkar sahaja kembali kaset-kaset lama dalam simpanan aku. Satu rilisan tetapi ada dua jenis bentuk muzik dari dua kumpulan. Jimat duit tidak perlu fikir banyak. Selongkar punya selongkar aku jumpa tiga kaset rilisan split ini. Ianya ialah split dari NECROTIC CHAOS / CARDIAC NECROPSY(Singapura), UNVIELED / TRAUMA(Indonesia) dan DUST COMPONENTS / NO PROMISES(Slovak Republic).

Kaset pertama ini rasanya tidak perlu sangat hendak aku introduksikan. Dua buah kumpulan yang sudah mempunyai nama yang kukuh dari kedua-dua negara. Di riliskan oleh DarkArt Release dan Ultra Hingax Productions dengan penghasilan cover yang milleneum aku kira menarik perhatian. Di dalamnya juga terdapat gambar serta sedikit info daripada kedua-dua kumpulan.

image

image

image

NECROTIC CHAOS nama yang sinonim dalam kancah muzik ekstrim di Malaysia, terdiri dari pemuzik-pemuzik yang berstatus otai tidak perlu dipertikai permainan mereka. Aku lebih suka menggelar mereka sebagai Morbid Angel Malaysia sebabnya memang menyerupai kumpulan tersebut. Dengar sahaja ketukan padu dari drummer mereka iaitu Wira yang mirip Pete Sandoval. lagu mereka dalam split ini kesemuanya amat mengancam. Pilihan aku adalah Forth Abbatoir, disebalik kelajuan dan kebrutalan turut diselitkan melodi dan solo-solo yang mengasyikkan.

image

image

image

Bagi CARDIAC NECROPSY pula mereka sememang sahaja laju dan menggila. Aku lebih gemar stail mereka sebegini berbanding rilisan terbaru mereka kini yang terlalu moden death metal sangat. Di dalam split ini mereka berpaksikan goregrind jika tidak silap. Lagu yang pendek tetapi penuh dengan kebrutalan amat bersesuaian sebagai rakan split ini. Juga terdiri dari orang-orang lama di dalam kancah muzik berat di Singapura. Pernah sekali melihat persembahan mereka semasa tour di Kuala Lumpur dahulu. Drummer mereka Tremor amatlah dasyat sekali dengan cara permainan yang ganas dan teramat laju.

Kaset kedua pula adalah split diantara UNVIELED dan TRAUMA. Rilisan split yang dihasilkan oleh label berpengaruh di Malaysia dahulu iaitu Psychic Scream Entertainment ini seperti biasa menggunakan khimat Acai Colours Garden selaku pereka bagi kebanyakkan kulit cover rilisan-rilisan mereka. Bentuk dan gambar cover splitnya yang aku kira menggambarkan penderitaan dengan sedikit mainan kaler kebiruan. Terdapat juga gambar dan info mengenai kedua-dua kumpulan.

image

image

UNVIELED yang terdiri dari pemuzik yang tidaklah juga terlalu baru kerana beberapa ahlinya daripada kumpulan Sickness. Berpandukan muzikal gore, grind dan death, mereka mirip kepada sebuah kumpulan sensasi autopsy iaitu Carcass. Aku paling menggemari tajuk-tajuk lagu mereka yang aku menarik aku rasa. Menyerupai seperti kebanyak kumpulan yang berkonsepkan sebegini. Lagu mereka juga dipenuhi dengan hentakan blastbeat yang mana ia menambah perasa terhadap lagu-lagu mereka.

image

image

image

Pilihan aku bagi split ini adalah kepada TRAUMA. Bersesuaian dengan gelaran sebagai raja death metal Indonesia, mereka berjaya meyakinkan aku bahawa mereka sememangnya layak membawa gelaran ini. Memuatkan lagu yang menyaksikan kreabiliti setiap anggota melengkapkan lagi struktur lagu-lagu mereka. Mungkin tidak banyak beza muzikal mereka dengan UNVIELED namun lagu-lagu TRAUMA kedengaran lebih segar.

Kaset yang seterusnya adalah antara DUST COMPONENTS dan NO PROMISES. Warna cover yang kehijauan dengan gambar yang mengingatkan aku kepada filem The Purge of Anarchy itu juga diriliskan oleh Psychic Scream Entertainment. Split ini aku beli di kedai Musicvalley(sudah tutup) Greentown Mall Ipoh semasa menemani emak ke sana dahulu dengan harga rm11. Aku di tingkatan dua masa itu.

image

image

DUST COMPONENTS antara nama yang pernah mewarnai kancah muzik ekstrim di Malaysia dahulu. Berteraskan thrash atau speed metal mereka antara kegemaran aku dahulu walaupun kurang menggemari bentuk nyanyian vokalisnya. Namun penghasilan muzik yang aku rasa amat membanggakan bagi sebuah kumpulan indipenden pada masa itu. Aku menyukai kesemua lagu-lagu mereka ini, yang mana ia di ambil dari rilisan EP mereka sebelumnya. Yang penting banyak solo-solo maut dihasilkan.

image

image

image

NO PROMISES mungkin agak asing bagi aku sendiri. Berlokasikan dari Slovak Republic mereka bukan calang-calang kumpulan. Seakan kumpulan Obituary lontaran vokal vokalis mereka. Lagu-lagu mereka juga seakan diantara thrash dan death metal, di selit dengan melodi dan solo mengingat aku kepada kebanyakan muzik metal dari negara Greece. Mereka profesional itu yang boleh aku cakapkan. Tidak perlu nama yang besar, tetapi lagu-lagu mereka membuktikan kreabiliti mereka untuk bersaing mengikut pendapat aku.

Ketiga-tiga rilisan split ini menjadi pilihan aku sebabnya ia mempunyai kelainan mereka tersendiri. Ia mengingat aku kepada beberapa split menarik yang lain seperti PARKISON / EXTREME DECAY dan juga SPUTUM / SENSELESS dari borneo. Mungkin aku akan cerita di lain entri. Dari ketiga-tiga split tersebut hanya dua sahaja yang masih boleh di pasang. Split antara NECROTIC CHAOS dan CARDIAC NECROPSY pula sudah berbelit tali kasetnya. Sekadar buat simpanan sahajalah jawabnya. Sekian.

pecahan berasingan

tujuh inci

Sejujurnya piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) bukanlah pilihan aku sangat. Sebabnya ia hanya mampu memuatkan lagu yang sedikit kecuali jika ianya piring hitam bersaiz dua belas inci(12″) yang boleh memuatkan lagu yang agak banyak bagi setiap bahagian. Salah satu sebab lagi ialah aku sendiri tidak rasa puas mendengar. Baru sahaja putarkan sudah habis oleh sebab itu aku kurang gemar membeli piring bersaiz ini.

Namun disebabkan beberapa rilisan itu hanya dikeluarkan dalam saiz sebegitu terpaksa juga aku membelinya kadang-kadang. Keselaluannya bentuk pembelian aku bergantung kepada selera aku. Aku tidak kisah akan pandangan orang samada ianya terlalu boringkah, lamakah, trendykah atau apa-apa sahaja. Yang penting aku suka terus sahaja beli asalkan duit mesti ada.

image

image

Antara piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) yang aku beli salah satunya adalah split rilis antara PUSHER dan MILISI KECOA. Memang tersangat cantik rilisan split ini. Dari kulit cover dan inlay yang di penuhi lukisan warna-warni dan stail cut&paste sehingga piring yang berwarna keorenan sememang nye menarik perhatian aku adalah salah satu faktor kenapa aku membelinya dulu. Rilisan yang menggabungkan dua buah kumpulan dari Malaysia dan Indonesia ini sangat menarik diselitkan dengan lagu yang catchy, singalong tapi mempunyai bait-bait protes di situ. Cuma sekiranya lagu-lagu didalam lebih banyak mungkin lebih mengancam.

image

image

image

image

Split rilis ini dikeluarkan oleh label -label tempatan iaitu Cactus Records, Knot records, Doombringer Records serta Atonal Microtonal. Cover yang dihasil sendiri oleh Alak and the geng berjaya dan punya perspektifnya yang tersendiri. Tidak jemu-jemu melihat dan memegangnya. Apa-apa pun ianya memang terbaik.

image

image

Seterusnya, piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) yang agak menarik bagi aku ialah RATOR – EVIL SYMPHONY ini. Pada asalnya yang hanya diriliskan dalam bentuk kaset demo mereka pada awal 90an dulu kini telah di’piring hitamkan kembali oleh label-label tempatan iaitu Afterlife Productions bersama Nusantarejim. Boleh dikatakan yang ditunggu-tunggu oleh aku sendiri sebab sejujurnya aku memang tidak pernah mendengar muzik mereka sebelum ini sebabnya demo mereka sudah lama habis di telan zaman. Tahniah kepada label tersebut kerana berusaha mengeluarkannya kembali.

image

image

Di dalamnya disertakan sedikit koleksi gamba RATOR beraksi secara live serta kegirangan mereka bersam rakan-rakan merak dahulu. Diselitkan juga poster(poster ke?) Beserta biografi dan pelbagai lagi. Kelemahannya(mungkin aku yang tidak faham) adalah dari segi mutu bunyi yang di keluarkan. Mungkin juga sebab ia di ambil dari demo kaset dulu, maklumlah sudah berapa tahun yang lalukan. Sampai habis aku pulas volume player aku semata-mata mahu mendengar muzik dengan lebih jelas kerana ianya terlalu raw and dirty. Ini betul-betul early style black thrash yang menjurus ke arah Sarcofago, Venom mengikut pendengaran aku. Marko Laiho dari Beherit juga meminati RATOR pada masa dulu oleh itu bayangkanlah populariti demo ini dulu.

image

image

Kekurangan vinylplayer aku juga bila memainkan piring bersaiz tujuh inci(7″) ini ialah jarang dapat diputarkan sampai habis lagu. Pasti terhenti separuh jalan. Aku sendiri pun tidak tahu sebabnya. Pemahaman aku terhadap vinylplayer ini masih di tahap terendah lagi. Mungkin juga kerana vinylplayer yang tidak berjenama. Hendak murah sangat makan dirilah jawabnya. Sekian.

tujuh inci