kejatuhan bakal bangkit

Kejatuhan dan permasalahan ekonomi di negara Greece telah membuka mata warga dunia baru-baru ini. Seluruh dunia termasuklah aku sendiri yang tetiba belagak pandai kononnya bijak pandai mahu bercerita tentang ekonomi Greece padahal ekonomi diri sendiri pun tunggang-langgang. Pengetahuan aku tentang negara Greece memang cetek apatah lagi tentang kumpulan metal yang bergerak aktif di sana. Jikalau mahu menyebut tentang kumpulan berpaksikan muzik ekstrim disana aku hanya mengetahui Necromantia, Rotting Christ dan Varathorn sahaja. Tidak banyak yang aku tahu sebabnya kurang menyelongkar ke arah negara tersebut.

Tetapi pengenalan aku terhadap media sosial yang bernama Youtube ini banyak membantu aku dalam mencari segala benda yang menarik sebelum memulakan sebarang pembelian. Dari situ aku mula mengenali nama DEAD CONGREGATION. Pada awal aku sangkakan ianya sebuah kumpulan bermuzikkan seperti crustpunk/dbeat kerana melihat logo mereka yang hampir sama seperti kebanyakkan kumpulan-kumpulan sebegitu namun ia disangkal apabila aku mula mendengar lagu-lagu DEAD CONGREGATION itu.

Bermula dari situ aku mula mengintai-mengintai distro tempatan yang ada menjual rilisan mereka. Mungkin sudah agak terlambat mengenali mereka sebabnya rilisan yang aku beli ini sudahpun rilisan ketiga dari mereka. Akhirnya DEAD CONGREGATION – PROMULGATION OF THE FALL aku beli dalam format piring hitam berharga rm90 melalui sebuah distro tempatan.  Muzik death metal yang berbau old school(seperti era awal 90an) dan mengambil feels dari rentak black death yang kian menjadi trend masa kini menjadi perjuangan mereka. Walaubagaimana mereka kedengaran lebih segar dari kumpulan-kumpulan yang sealiran seperti mereka. Mendengar DEAD CONGREGATION membuatkan aku teringat kepada Morbid Angel dan Necrotic Chaos tetapi dalam versi lebih laju, brutal dan gelap.

image

image

Melihat kepada rilisan mereka yang sebelumnya mungkin DEAD CONGREGATION menggunakan khidmat orang yang sama bagi mengilustrasikan gambar cover mereka. Lukisan yang agak gelap dan outstanding dari sudut pandangan aku tetapi colourful. Aku lihat di belakang covernya terdapat logo Matyrdoom yang meriliskannya. Mungkin juga Ajna Offensive dan Norma Evangelium Diaboli, label yang sememangnya gah dengan rilisan kumpulan sebegini.

image

image

Piring hitam yang aku beli ini menariknya bagi aku adalah melalui lagu-lagunya yang kurang meleret-leret sebaliknya ia dihujani dengan growling vokalis serta hentakkan padu dari drummernya. Piringnya hanya hitam dan simple dan juga bahagian dalamnya yang hanya memuatkan lirik lagu bersama-sama wishlist dan info mereka. Aku juga ingin membeli dua lagi rilisan dari mereka, mungkin selepas gaji bulan ini hajat tersebut akan terlaksana agaknya. Pengenalan aku kepada DEAD CONGREGATION juga telah menemukan aku kepada beberapa kumpulan seperti Teitanblood, Grave Miasma dan Cruciamentum. Mempunya arah muzikal yang hampir mirip nama-nama yang disebut tadi.

image

image

Pengaruh old school death metal masa kini kian merebak dan mencetus trend bagi penggemar sehinggakan ke negara Malaysia turut dilanda ledakannya. Kejatuhan stail dan gaya muzik old school ini suatu ketika kini telah berjaya bangkit kembali. Namun bukan semuanya berjaya menembusi kerana kebanyakkannya tenggelam ditelan beberapa kumpulan lain oleh kerana kesamaan muzik yang hampir susah untuk dibezakan. Sekian.

kejatuhan bakal bangkit