raja segala raja

Hari cuti adalah hari yang paling menyeronokkan bagi aku untuk terperap di rumah. Almaklumlah waktu bekerja aku yang sentiasa membuat aku tidak cukup rehat dan tido. Memang bukan tabiat aku hendak merayap tanpa hala tuju kecuali jika mahu ataupun mempunyai tujuan sahaja baru aku keluar. Jika tidak lebih sahaja aku terperap di rumah yang penting tidak menganggu sesiapa.

Apabila terperap di rumah aku mudah untuk bersenang-lenang dengan muzik kegemaran aku. Salah satu sebabnya ialah penerimaan keluarga aku terhadap selera muzik aku yang suatu ketika dulu dipandang serong oleh sesetengahnya. Paling sedih bila kaset kumpulan kegemaran aku dibakar dan ianya amatlah sukar untuk di cari kembali pada masa sekarang. Tetapi tahniah kepada Gempita Records kerana berjaya meriliskan kembali format kaset tersebut kepada bentuk piring hitam.

Kumpulan yang aku sebutkan itu ialah ATHOTORGH. Jangan kata anda peminat muzik ekstrim tempatan jika tidak pernah mengetahui siapa itu ATHOTORGH. Kumpulan yang berpaksikan muzik Thrash Metal atau mungkin juga Heavy Metal ini telah bergerak aktif disekitar awal 90an lagi ini tetap kekal dengan cara mereka. Mungkin ini pujian melambung tetapi ATHOTORGH sememangnya king of thrash di Malaysia. Mungkin ramai yang menafikan malah mengatakan yang Cromok(dipenuhi solo yang meleret-leret dan membosankan) adalah lebih baik tetapi tidak bagi aku. Mereka hanya sebuah kumpulan rock yang bajet rockstar di pentas. Paling lawak bila ada yang menyebut Xpdc sebagai king of thrash di Malaysia. Melingkuplah semua jikalau begitu. Mungkin jad begitu sebabnya kedua kumpulan ini(Cromok dan Xpdc) menjadi kegemaran mat-mat rempit di Malaysia ini.

image

image

Berbalik kepada rilisan piring hitam ATHOTORGH – PROMASTER DIEYANA ini. Aku rasa Gempita Records memang tepat dalam memilih rilisan untuk di riliskan kembali. Bagi peminat muzik ekstrim ataupun underground di Malaysia nama mereka bukan asing aku rasa. Menjadi siulan rentak muzik ATHOTORGH semasa di sekolah antara kami rakan-rakan sememangnya perkara biasa di waktu itu. lagu seperti Promaster Dieyana dan Beyond The Serpent Scream berjaya menarik halwa telinga terutamanya aku sendiri untuk bergoyang mengikut rentaknya. Simple, straight to the point dan laju menjadi mainan bagi ATHOTORGH sebagai pilihan mereka.

image

image

Suara vokalisnya yang seakan-akan vokalis kumpulan Venom, ketukan drum seakan dari Pete Sandoval itu merancakkan lagi ATHOTORGH. Piring hitam ini hadir dalam edisi terhad tidak silap aku iaitu 250 unit sahaja. Tiada perubahan sangat berbanding format kaset mereka sebelum ini dengan warna dan paparan gamba di covernya yang sama. Cuma disertakan juga di dalamnya beberapa benda seperti poster dan booklet. Booklet tersebut memuatkan sedikit interview mereka bersama fanzine, koleksi gambar ATHOTORGH, biografi, senarai discografi dan bermacam lagi turut dimuatkan.

image

image

Pilihan warna merah sememangnya tepat dan sesuai dengan kegarangan muzik ATHOTORGH itu. Warna yang sama semenjak dari format kaset mereka diteruskan ke format ini. Di dalam piring hitam ini juga terdapat sebuah lagu baru yang bertajukkan dalam bahasa German(einch faikel) sebagai sebuah bonus track. Ternyata feels mereka masih sama dan aku sendiri masih berharap mereka akan meriliskan sesuatu yang baru lagi walaupun ianya mungkin hanya tinggal harapan kerana ada ahli kumpulannya yang kini suda menetap di luar negara.

image

image

Dalam 2/3 tahun ini juga telah melihatkan ATHOTORGH kembali terlibat dan mengadakan beberapa siri gig reunion mereka di Publika Solaris, Kuala Lumpur dan Kepura Cave, Ipoh yang mana ianya berjaya menarik kehadiran yang ramai. Ini membuktikan muzik mereka masih didengari serta masih segar walaupun sudah lama. Kesemua lagu-lagu yang pada aku mudah melekat menyebabkan ia masih menjadi perbualan sehingga kini. Setiap lagu mempunyai jiwa dan kelainan yang mampu mengingati setiap bait-bait lagunya sehingga sukar untuk menyatakan yang mana tidak enjoyable.

Masa kini Malaysia di kerumuni dengan kepelbagaian kumpulan thrash dan heavy yang lebih giat antaranya LOBOTOMY, VAULT(sekadar menyebut beberapa kumpulan) dan sebagainya namun legasi dan impak yang ditinggalkan oleh ATHOTORGH amat sukar untuk ditandingi. Mereka tetap dengan cara mereka dan raja segala raja thrash di Malaysia. Sekian.

raja segala raja

si pelawan foo

Jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, harga sekeping kaset amat memeranjatkan, mengejutkan dan menakutkan aku. Kalau dulu aku bole beli dengan harga rm11 hingga rm15, kini ianya sudah berganda harganya. Lihat sahaja di grup menjual kaset-kaset cukup mengerutkan dahi aku. Aku sendiri konfius adakah ini ripoff? atau ianya sebegitu di sebabkan faktor rare?. Sebut tentang rare aku memang hendak tergelak memikirkannya. Teringat semasa pergi ke pasar karat ipoh. Ternampak seorang abang ini menjual kaset Metallica – Kill Em All terpakai yang aku sendiri was-was tahap kondisinya. Namun kerana gatal mulut hendak bertanya aku pun terus bertanya abang itu berapa harga yang mahu dijualnya. Alangkah terkejut apabila rm80 dijawabnya. Terdiam seketika sambil dalam hati terdetik berkata-kata betul ke tahap gitu harganya. Kata abang itu sebab rare! aku pun tersenyum sinis sambil berjalan lalu melihat-lihat penjual-penjual yang lain. Kalau sudah rm80 lebih baik rasanya aku belanja emak aku makan, kenyang kami sekeluarga.

Sedar tidak sedar sebenarnya kita sendiri telah menjadi KAPITALIS hanya kerana disebabkan sesuatu barang itu kononnya rare. Mengarut bagi aku, its nonsense. Keseronokan membeli kaset tidak dapat dinafikan semasa era aku membesar dulu. Bersyukur sebab sempat membesar di era 90an. Kalau dahulu di Jusco Kinta City Ipoh mereka ada menjual kaset dengan harga yang sangat murah. Ada sesiapa masih ingat?. Bayangkan dari serendah rm0.50sen hingga ke rm1 atau rm2 sahaja. Bukan kaset-kaset cetak rompak tetapi semuanya original tetapi yang mungkin kurang mendapat sambutan peminat muzik mainstream masa itu. Sebabnya ianya terdiri dari kaset kumpulan mahupun artis yang kurang dikenali ramai. Antara yang masih aku ingat adalah The Beach Boys, Guns N Roses, The Cardigans, Rem, Foo Fighters, Soundgarden, Stone Temple Pilots dan banyak lagi. Bila cuti hujung minggu aku dan rakan-rakan mesti ke sana bagi melihat dan membeli kaset yang diminati di situ. Sebabnya murah dan bagi kami yang masih bersekolah ianya sangat berbaloi.

Antara kaset yang masih dalam. simpanan aku ialah FOO FIGHTERS ini. Aku membelinya dengan harga rm1. Masa itu trend musik Alternative sedang agak menular. Apa sahaja yang berentakkan rocknroll dari remaja digelarkan sebagai Alternative walaupun ianya adalah grunge, indierock ataupun pop sahaja. Kebanyakkan kaset ada pelekat seperti itu. Ianya mengikut jenis muzik. Alasan membeli kaset ini semestinya kerana vokalis merangkap gitaris bagi FOO FIGHTERS ini. Siapa tidak kenal Dave Grohl. Drummer sensasi bagi kumpulan yang membangkitkan semangat remaja suatu keyika dahulu iaitu Nirvana. Selepas ketiadaan Kurt Cobain, Dave menubuhkan kumpulan ini. Jika tidak silap album pertama FOO FIGHTERS ini dirakam dan dihasilkan oleh Dave Grohl seorang.

image

image

Lagu Big Me memang penarik dalam album ini. Sesiapa yang mengenali mereka mana mungkin tidak pernah jamming lagu ini. Aku sendiri bersiul-siul di sekolah bersama-sama rakan mengikut rentak lagu ini. Santai tetapi punya feels yang mendalam. Album ini mungkin percubaan bagi Dave Kerana lagu-lagunya bukanlah seperti Nirvana yang agak rebel tetapi dia memilih untuk lebih radio-friendly dan mudah didengari. Cover albumnya sehingga ke hariini aku masih tertanya-tanya apakah maksudnya. Sebijik pistol klasik(mungkin) menjadi cover kulit albumnya. Dalamnya juga agak simple. Diriliskan oleh Capitols Records rasa tidak perlu diperkatakan lagi sebabnya ia label yang sudah dikenali.

image

image

Keseronokan mendengarnya sehingga kami sempat berjamming di studio berdekatan sekolah. Selepas sahaja habis waktu sekolah aku dan rakan terus ke studio bagi menghabiskan duit belanja sekolah. Walaupun hanya mampu memainkan lagu Big Me sahaja, itu sudah cukup menggembirakan kami yang mempunyai minat tidak seperti rakan-rakan sebaya lain kerana kebanyakkan mereka terlalu sibuk dengan motor mereka. Selepas dari rilisan ini mereka terus berjaya sehinggalah ke hariini. Melihat album terbaru mereka dalam format piring hitam membuatkan aku teringin untuk membeli. Covernya unik mungkin itu menjadi penarik untuk aku membeli serta menatapnya nanti.

image

image

Melihat kaset ini membuatkan aku tersenyum seorang. Teringat kisah-kisah semasa di sekolah dahulu. Emak ayah bagi duit belanja sekolah tetapi kami simpan dan kumpul untuk ke studio jamming. Konon-konon mahu membentuk sebuah kumpulan tetapi hanya angan-angan kosong. Masa berlalu dan hidup semakin menekan. Kebanyakannya hilang minat oleh kerana tekanan hidup dan terus melupakan kisah-kisah yang lalu. Ade dunia realiti yang lebih penting diterjah dan lalui. Sekian.

si pelawan foo

dari sebuah keasyikkan

Salah satu perangai atau sifat buruk aku ialah mudah dan cepat bosan dengan sesuatu. Sebab itu aku tidak pernah kekal dengan sesuatu itu dengan tempoh yang lama seperti juga menulis ini. Tetiba rajin hendak menulis dulu dan tetiba juga kemalasan ini muncul kembali. Semakin keliru dan buntu mengenai perkara yang hendak di tulis.

Hidup yang semakin dicengkami majikan yang menggila kadang-kadang membuatkan aku sendiri tidak punya masa untuk berhibur. Bahkan untuk membeli sebarang rilisan yang terbaru. Mungkin ini alasan untuk aku berhenti membeli agaknya. Oleh itu entri-entri aku hanya berdasarkan dari koleksi-koleksi yang sedia ada di bilik aku. Sebab yang baru memang aku sudah tidak membeli sangat.

Untuk entri yang seterusnya mood serta idea juga semakin terhad. Namun kedegilan sentiasa mengelilingi aku untuk menulis. Setiap entri mempunyai rilisan yang disertakan dalam penceritaan kerana ianya mempunyai kisah disebaliknya. Nama BRAINDEAD bukanlah nama yang asing dalam rencah muzik keras di Malaysia. Jikalau anda hanya mengenali kumpulan Xpdc adalah lebih baik jangan meneruskan membaca sebabnya ini pasti membosankan anda. Antara pelopor yang masih berdiri teguh walaupun sudah pun menjangkau separuh umur mereka. Jujur aku katakan yang aku hanya pernah melihat persembahan live mereka hanya sekali sahaja iaitu gig Blast From The Past di Publika Solaris yang lalu. Memang masih mantap seperti sediakala.

image

image

Pernah memiliki kaset BRAINDEAD – FROM THE ESCTACY yang dikeluarkan oleh Nebuila Productions dahulu tapi hilang ditelan rakan-rakan sekolah dahulu. Namun apabila mendengar sebuah label tempatan iaitu Thrashingfist Productions akan meriliskan semula ke format CD sememangnya dinanti-nanti oleh aku kerana dapatlah menggantikan kaset yang hilang dahulu itu. CD ini aku beli dalam tahun ini juga. Sebuah pakej yang baik dari setiap segi bagi pendapat aku. Cuma lebih menarik sekiranya cover tersebut dikalerkan agar nampak lebih menyerlah. Tetapi isi didalamnya lebih menarik dengan terisi gambar-gambar di awal penubuhan serta persembahan live mereka dahulu. Termuat juga temubual ringkas dan juga keratan review dari sebuah fanzine dari luar negara mengenai rilisan BRAINDEAD – FROM THE ECSTACY ini.

image

image

Sekiranya meminati ciri-ciri muzikal yang kearah Sepultura dan Sarcofago di awal-awal kemunculan mereka ini adalah jawapan kepada nya. Bagi aku rilisan ini memang sangat enjoyable. Tidak tahu pula macam mana dengan orang lain. Dari rentaknya hingga ke nyanyiannya mudah membuatkan kita menghangguk-hangguk kepala melayan sepanjang lagu-lagu mereka. Rilisan From The Ecstacy ini juga pernah diriliskan ke format piring hitam bersama-sama demo live mereka oleh sebuah label dari Amerika iaitu Nuclear War Now Productions. Nasib baik aku sempat membeli kedua-dua format rilisan tersebut. Mungkin aku akan tunjuk di entri yang akan datang pula.

image

image

Label Thrashingfist Productions bukanlah baru meriliskan album ini sebaliknya ini adalah kali kedua mereka meriliskannya semula. Oleh itu bayangkan permintaan terhadap album ini sampaikan beberapa buah kumpulan dari luar negara turut mengidolakan mereka. Antara kumpulan tersebut ialah Pathogen. Kumpulan oldschool death metal dari Filipina yang turut membawa lagu BRAINDEAD di dalam rilisan kumpulan mereka yang mana jika didengar setiap lagu di dalam rilisan mereka sememangnya punya iras-iras BRAINDEAD.

image

Pada aku mendengar muzik mereka tidak pernah menjemukan. Dikala aku kerunsingan pasti lagu-lagu mereka pembuka mood aku. Muzik mereka masih lagi berjaya menarik minat aku walaupun kini Malaysia sudah dilambakkan dengan pelbagai kumpulan muzik keras tetapi kebanyakkannya hanya membuatkan aku menguap. BRAINDEAD sentiasa menjadi penyelamat apabila minat aku terhadap muzik metal semakin berkurang sebabnya ianya benar-benar berkualiti. Sekian.

dari sebuah keasyikkan

bangkai itik

Dulu semasa di zaman persekolahan kawan selalu sangat bercerita tentang kehebatan dan keseronokan dia mendengar kaset CARCASS yang dibelinya. Aku juga yang terpinga-pinga masa itu. Sebabnya aku tidak begitu menggemari corak permainan CARCASS pada masa itu. Mungkin juga kerana aku agak sukar menghadam muzik goregrind yang dibawakan oleh mereka pada masa itu membuatkan aku tidak begitu memfokus kearah mereka.

Namun kelahiran album CARCASS – SWANSONG ini membuatkan aku mula mengambil perhatian terhadap mereka. Aku rasakan yang ini sudah lain. Bukanlah album yang terbaru namun ia satu-satunya album CARCASS yang aku beli dan miliki. Aku membelinya semasa masih berada di kolej di Melaka dahulu. Ia berlainan, tidak kompleks tidak gore seperti rilisan mereka yang terawal. Ini lebih kepada rock and roll yang agak berat dan laju, grindrock mungkin.

image

image

Mendengar Swansong mengingatkan aku kepada stail muzik yang dibawakan oleh Mastodon dan Baroness pada masa sekarang ini. Mungkin aku salah tetapi itu yang mampu aku tafsirkan. Ianya menarik serta lebih eksperimentasi. Ini membuka mata aku untuk lebih mengambil perhatian terhadap rilisan mereka yang seterusnya. Namun album terbarunya kembali merundumkan minat aku terhadap CARCASS. Sudah hilang bisa mereka sebaliknya hanya meneruskankan apa-apa yang telah mereka lakukan seperti sebelum ini tanpa sebarang perubahan. Yang jelas peningkatan mereka adalah statement-statement status mereka di facebook yang kian menjelikkan aku. Terima kasih youtube sebab menjadi tempat untuk aku mencuba dengar dahulu sebelum membeli sebarang rilisan pada masa sekarang. Berbanding dahulu jikalau salah beli dan tidak best memang meranalah duit membazir.

image

image

Cover album Swansong menarik sebab agak berkaler. Warna merah atau pink mungkin sedikit menandakan tentang perubahan mereka di dalamnya. Ramai yang tidak menggemari tetapi bagi aku ini rilisan CARCASS yang terbaik. Oleh kerana sudah lama tidak berpasang disebabkan radio kaset yang telah rosak ianya terbiarkan untuk beberapa tahun di celah-celah almari aku. Diriliskan oleh Valentine Sound Productions rasanya sudah familiar bagi penggemar muzik sebegini tentang label ini.

image

Mencari-mencari juga bagi format piring hitam namun masih belum ketemu dengan harga-harga yang mampu milik. Almaklumlah, bila sudah ada nama harga pasti melambungkan. Baru-baru ini juga aku ada membeli sebuah kaset walkman berjenama Pensonic. Tetapi masih belum sempat untuk mendengarnya kembali oleh kerana faktor pekerjaan yang kian menggila sekarang ini. Sekian.

bangkai itik

sekolah oren

Ingat masa di bangku sekolah dulu. Ade pertandingan menghias kelas masing-masing. Setiap kelas dihias dengan bermacam cara. Ada yang penuh dengan poster-poster sukan,  carta-carta organisasi, gamba-gamba ilmiah dan sebagainya. Tetapi bagi kelas kami memang jauh kelainannya. Sebab apa? Sebab penuh kami tampal dengan poster kumpulan rock dan flyer-flyer gig di sekitar ipoh ini. Yang seronoknya guru kelas kami ini memang jenis rilek. Tidak pernah menghalang cuma yang dipesannya asalkan jangan berunsur lucah sudahlah. Bayangkan poster kumpulan Koffin Kanser kami slumber sahaja tampal dalam kelas dengan terpampang gamba Aru yang berambut dreadlock itu. Tapi akhirnya selepas seminggu terpaksa dibuang sebabnya pengetua kami mengarahkan ianya ditanggalkan.

Kebanyakkan flyers gig ditampal oleh seorang kawan aku ini. Dia memang banyak simpan dan kumpul flyers. Dahulu flyers gig boleh jumpa di tampal-tampal di bustand, tiang-tiang dan dinding bangunan sekitar Ipoh ini. Mungkin di koyak agaknya bawak balik. Kebanyakan senarai kumpulan dalam flyers itu mesti ada nama MUCK. Iya MUCK! senang cerita orang lama bagi scene indierock/lo-fi di Ipoh ini.

Yang menariknya tentang MUCK ini ialah mereka tetap dengan cara underrated mereka. Walaupun mereka boleh ekspose keluar sebabnya nama MUCK itu sendiri sudah kukuh dan familiar tetapi mereka tetap dengan cara lowprofile mereka dan tidak menjadi hipster seperti kebanyakan kumpulan ataupun penggemar muzik sebegini. Indierock/lo-fi yang berteraskan dari SONIC YOUTH dan DINASOUR JR memang melonjakkan sesiapa yang mendengarnya.

Seingat aku semasa sedang cuti semester semasa masih di kolej dahulu aku merayap di sekitar Ipon ini. Singgah sebentar ke kompleks Yik Foong seperti biasa untuk ke kedai Melodi Music Centre untuk sesi mengabiskan duit. Ternampak kaset MUCK – ORANGE SCHOOL ini ada dijual. Tidak perlu fikir panjang aku pun ambil dan terus beli. Balik ke rumah aku terus pasang di radio dalam bilik aku. Terduduk mendengar sambil tersenyum. Memang menarik dan seronok. Sambil berkata-kata dalam hati, memang best rupanya.

image

image

Kesemua dihasilkan secara dan oleh mereka sendiri. Diriliskan juga oleh label mereka sendiri iaitu Bodysurf Music yang seakan-akan Subpop juga bila dilihat logonya. Cover yang sangat simple dengan lukisan berimejkan bas sekolah serta diselitkan wajah ahli-ahli MUCK itu sendiri, menggunakan aplikasi fotoshop bersesuaian dengan judul rilisan mereka ini iaitu Orange School. Di dalamnya termuat juga sedikit biografi mereka serta gamba ahli MUCK itu sendiri. Sebuah rilisan yang baik dan simple bagi aku.

image

image

Muzik di dalamnya memang sangat-sangat menarik bagi aku. Ianya betul berjaya menarik semangat hiper remaja aku pada masa itu. Mungkin kekurangan dari segi vokalnya tetapi abaikanlah, mungkin itu sudah trademark mereka untuk orang mengenali MUCK itu. Terkesan sungguh pengaruh SONIC YOUTH yang menebal dalam keseluruhan lagu Orange School ini. Di kukuhkan lagi dengan ketukan drum berbau DINASOUR JR sememangnya mencantikkan lagi struktur lagu-lagu dalamnya. Puas hati, tidak rugi beli, itu pun harap duit pinjaman.

image

Masih berkondisi baik walaupun agak lama tidak dipasang dan didengari. Lega kasetnya tidak berlumut. Pernah hampir-hampir hilang dipinjam kawan tetapi berjaya di ambil kembali. Sampai sekarang aku rasa MUCK masih kekal lowprofile sebegitu. Dengar-dengar cerita juga mereka bakal meriliskan album dalam format piring hitam nanti. Sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Sekian.

sekolah oren

membatu dan elektrik membinasakan

Setibanya ke rumah semalam aku diberi oleh emak nota tinggalan dari pihak pos laju meminta aku ke pejabat pos untuk mengambil barang aku. Sebabnya kerana semasa mereka hantar tiada sesiapa dirumah. Dengan pantas aku start enjin motor terus pecut ke pejabat laju. Mengejar masa yang sudah hampir ke waktu tutup operasi mereka aku sampai dalam lebih kurang 15 minit sebegitu. Masuk ke dalam dengan muka keterujaan untuk berakhir dengan kehampaan apabila pekerja dikaunter tersebut cakap lori mereka belom pulang lagi dan waktu operasi sudah hampir habis. Pasti aku tidak sempat mengambilnya hariini.

Paling malas bila perlu ke pejabat pos laju sampai dua kali semata-mata mahu mengambil barang yang di order atau beli. Hendak atau tidak terpaksa juga tunggu esok hari. Esok pagi-pagi sebelum ke tempat kerja aku berkejar ke pejabat pos laju dulu. Nasib baik tidak ada masalah kali ini. Dapat barang yang dibeli aku bawak sahaja terus ke tempat kerja. Simpan dulu dalam bonet. Setelah balik kerumah aku pun terus bawak keluar dan bukak. Ini dia penangan dua kali kepejabat pos ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE. Dengan cover yang sudah sedikit berlekuk mengerutkan dahi aku melihatnya. Tidak tahu hendak salahkan siapa. Tidak apa lah, abaikan sahaja asalkan ia tidak hancur cukup. Hendak salahkan orang pos laju pun tidak boleh kerana mereka sudah tolong hantar pun aku sudah bersyukur.

image

image

Sebab dan musabab aku membeli piring hitam ELECTRIC WIZARDS ini kerana tetiba menjadi kemaruk menonton video live mereka di laman youtube. Menarik pulak dengar lagu-lagu mereka. Pelahan, berat, gelap dan membingungkan kadang kadang. Itu pandangan aku tentang musik meraka. Berimejkan seperti anda sedang melihat kumpulan Black Sabbath tetapi dengan imej yang lebih gelap. Itu yang aku nampak disini.

image

image

image

Sebuah package yang agak menarik sebenarnya. Didatangkan dengan dua piring hitam oleh kerana lagu-lagunya yang panjang lebar pasti tidak mencukupi untuk dimuatkan dalam satu piring sahaja. Bahagian dalamnya paling menarik perhatian aku. Permandangan lanskap hutan banat yang terselit satu jaket berpatcheskan nama logo ELECTRIC WIZARS sendiri menjadi tanda tanya. Beserta poster yang besar aku sendiri tidak berani hendak tampal sebab pasti emak aku akan koyakkan dan bakar. Poster yang menggambarkan ahli kumpulannya di dalam lukisan seperti keranda dengan warna agak terang menjadikannya menarik.

image

image

Memutarkan piringnya kadang kala membuatkan aku terlelap disebabkan ianya terlalu panjang dan meleret-leret. Tetapi dengan produksi yang agak raw dan kasar menenggelamkan muzik stoner doom mereka sebaliknya berbunyi seperti sebuah kumpulan doom metal black dan seangkattan dengannya. Entahlah, bedal sahajalah. Pengetahuan aku pun masih di tahap rendah. Sahaja suka belagak pandai padahal tak pandai-pandai. Menulis pun pasti ada yang tertidur membacanya.

Diriliskan oleh Spinefarm Records dan Witch Finder Records dan piring hitam ELECTRIC WIZARDS – TIME TO DIE ini memang berat. Pertama kali pegang aritu agak terkejut. Kalau ditimbang agaknya berapa kilo dapat?. Pakej yang padat dan sarat mungkin sebab itu menjadi berat. Aku suka dan ia makin nampak menarik dan berbaloi aku membelinya. Tidak rugi mencubakan. Sekian.

membatu dan elektrik membinasakan

tujuh inci

Sejujurnya piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) bukanlah pilihan aku sangat. Sebabnya ia hanya mampu memuatkan lagu yang sedikit kecuali jika ianya piring hitam bersaiz dua belas inci(12″) yang boleh memuatkan lagu yang agak banyak bagi setiap bahagian. Salah satu sebab lagi ialah aku sendiri tidak rasa puas mendengar. Baru sahaja putarkan sudah habis oleh sebab itu aku kurang gemar membeli piring bersaiz ini.

Namun disebabkan beberapa rilisan itu hanya dikeluarkan dalam saiz sebegitu terpaksa juga aku membelinya kadang-kadang. Keselaluannya bentuk pembelian aku bergantung kepada selera aku. Aku tidak kisah akan pandangan orang samada ianya terlalu boringkah, lamakah, trendykah atau apa-apa sahaja. Yang penting aku suka terus sahaja beli asalkan duit mesti ada.

image

image

Antara piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) yang aku beli salah satunya adalah split rilis antara PUSHER dan MILISI KECOA. Memang tersangat cantik rilisan split ini. Dari kulit cover dan inlay yang di penuhi lukisan warna-warni dan stail cut&paste sehingga piring yang berwarna keorenan sememang nye menarik perhatian aku adalah salah satu faktor kenapa aku membelinya dulu. Rilisan yang menggabungkan dua buah kumpulan dari Malaysia dan Indonesia ini sangat menarik diselitkan dengan lagu yang catchy, singalong tapi mempunyai bait-bait protes di situ. Cuma sekiranya lagu-lagu didalam lebih banyak mungkin lebih mengancam.

image

image

image

image

Split rilis ini dikeluarkan oleh label -label tempatan iaitu Cactus Records, Knot records, Doombringer Records serta Atonal Microtonal. Cover yang dihasil sendiri oleh Alak and the geng berjaya dan punya perspektifnya yang tersendiri. Tidak jemu-jemu melihat dan memegangnya. Apa-apa pun ianya memang terbaik.

image

image

Seterusnya, piring hitam bersaiz tujuh inci(7″) yang agak menarik bagi aku ialah RATOR – EVIL SYMPHONY ini. Pada asalnya yang hanya diriliskan dalam bentuk kaset demo mereka pada awal 90an dulu kini telah di’piring hitamkan kembali oleh label-label tempatan iaitu Afterlife Productions bersama Nusantarejim. Boleh dikatakan yang ditunggu-tunggu oleh aku sendiri sebab sejujurnya aku memang tidak pernah mendengar muzik mereka sebelum ini sebabnya demo mereka sudah lama habis di telan zaman. Tahniah kepada label tersebut kerana berusaha mengeluarkannya kembali.

image

image

Di dalamnya disertakan sedikit koleksi gamba RATOR beraksi secara live serta kegirangan mereka bersam rakan-rakan merak dahulu. Diselitkan juga poster(poster ke?) Beserta biografi dan pelbagai lagi. Kelemahannya(mungkin aku yang tidak faham) adalah dari segi mutu bunyi yang di keluarkan. Mungkin juga sebab ia di ambil dari demo kaset dulu, maklumlah sudah berapa tahun yang lalukan. Sampai habis aku pulas volume player aku semata-mata mahu mendengar muzik dengan lebih jelas kerana ianya terlalu raw and dirty. Ini betul-betul early style black thrash yang menjurus ke arah Sarcofago, Venom mengikut pendengaran aku. Marko Laiho dari Beherit juga meminati RATOR pada masa dulu oleh itu bayangkanlah populariti demo ini dulu.

image

image

Kekurangan vinylplayer aku juga bila memainkan piring bersaiz tujuh inci(7″) ini ialah jarang dapat diputarkan sampai habis lagu. Pasti terhenti separuh jalan. Aku sendiri pun tidak tahu sebabnya. Pemahaman aku terhadap vinylplayer ini masih di tahap terendah lagi. Mungkin juga kerana vinylplayer yang tidak berjenama. Hendak murah sangat makan dirilah jawabnya. Sekian.

tujuh inci